Kepelbagaian Strategi Pembelajaran Tulisan Asas Bahasa Jepun (Hiragana): Satu Kajian Deskriptif
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan kepelbagaian strategi yang digunakan oleh pelajar dalam mempelajari tulisan asas bahasa Jepun iaitu Hiragana di peringkat asas. Sebagaimana yang diketahui umum, bahasa Jepun mempunyai 3 sistem tulisan iaitu tulisan Hiragana merupakan tulisan paling asas dan diikuti dengan tulisan Katakana dan Kanji. Kajian terkini dalam penyelidikan bahasa Jepun di Malaysia lebih berfokuskan kepada aspek penulisan karangan, pemahaman, tatabahasa, komunikasi dan fonologi. Kajian yang mengkaji bagaimana pelajar belajar dan menguasai tulisan bahasa Jepun masih lagi tiada (Senarai tesis Universiti Malaya). Justeru itu, kajian ini ingin mengenal pasti apakah strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar ketika belajar tulisan Hiragana semasa di luar kelas. Sampel kajian adalah terdiri daripada 44 orang pelajar kursus Bahasa Jepun I, yang ditawarkan sebagai kursus elektif oleh Jabatan Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Data kajian yang diperolehi mendapati bahawa dalam pembelajaran tulisan Hiragana, pelajar-pelajar UMT tidak hanya memberi penekanan pada pembelajaran sendiri malah pembelajaran melalui pengajaran pengajar juga dititikberatkan. Strategi yang memerlukan kerjasama daripada pengajar juga adalah di antara kedudukan yang teratas dalam kajian ini.Downloads
Issue
Section
Articles
License
If the article is accepted for publication, copyright of this article will be vested to UKM Press, National University of Malaysia (UKM).
All articles published in this journal are licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.