Siasatan Cukai di Malaysia: Kajian Penerokaan ke atas Kes Syarikat
DOI:
https://doi.org/10.17576/AJAG-2018-10-04Keywords:
Siasatan cukai, strategi pengelakan cukai, tempoh selesai kes siasatan cukaiAbstract
Di Malaysia, kajian ke atas siasatan cukai adalah terhad disebabkan oleh faktor kerahsian maklumat yang tinggi. Maka wujud jurang yang besar di antara amalan pentadbir cukai dan pengetahuan orang ramai terhadap kes-kes siasatan cukai, khususnya syarikat. Justeru kajian ini bertujuan mendedahkan strategi pengelakan cukai melalui pelarasan yang kerap dilakukan oleh syarikat, ciri-ciri syarikat yang disiasat, dan purata tempoh kes selesai. Ini merupakan kajian penerokaan menggunakan data kes siasatan cukai yang diperolehi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi tempoh 2012 hingga 2014. Daripada 838 kes, hasil mendapati bentuk pengelakan cukai yang paling kerap dilakukan adalah pelarasan jualan, melibatkan syarikat kecil dan sederhana dengan jualan di bawah RM500,000 setahun sebagai pelaku utama. Berdasarkan sektor, yang paling banyak disiasat ialah syarikat daripada perniagaan pemborong dan peruncit. Hasil kajian juga mendapati secara purata satu kes siasatan cukai diselesaikan dalam tempoh 22 bulan dengan majoriti kes melibatkan tempoh melebihi 18 bulan. Dapatan kajian ini menjadi asas untuk membantu penyelidik seterusnya mencari sebab mengapa siasatan cukai mengambil masa yang lama untuk diselesaikan yang memberi kesan negatif ke atas hasil kutipan cukai negara.Downloads
Published
2018-11-03
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).