Cabaran Aplikasi Perisian Perakaunan dalam Pengurusan Kewangan Koperasi Sekolah
DOI:
https://doi.org/10.17576/AJAG-2018-10-13Keywords:
Koperasi sekolah, Perisian perakaunan, Model DeLone dan McLean, Dinamik, Cabaran.Abstract
Koperasi-koperasi sekolah di Malaysia telah menggunakan sistem perisian perakaunan yang dinamakan SEKKOP123 yang telah menjangkau usia sekitar sepuluh tahun. Sejak kebelakangan ini, isu penggunaan perisian tersebut yang kurang berjaya telah dibangkitkan. Bagi menangani isu tersebut kajian ini bertujuan menjawab persoalan berikut: Apakah cabaran yang timbul dalam penggunaan perisian perakaunan di koperasi sekolah? Bagaimanakah pihak yang bertanggungjawab atas penggunaannya membantu menghadapi cabaran tersebut? Secara umumnya kajian ini dijalankan secara kaedah kualitatif, menggunakan kajian kes dan temu bual. Satu set soalan temubual telah dibuat dan temubual telah diatur terhadap pengguna-pengguna perisian ini yang dipilih dari koperasi-koperasi sekolah. Sebanyak 10 pegawai telah ditemubual yang terdiri daripada bendahari koperasi sekolah, pegawai SEKKOP dan pegawai audit SKM. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aspek kualiti sistem, kualiti maklumat dan kualiti perkhidmatan seperti mana yang terdapat dalam model DeLone dan McLean telah mempengaruhi tahap pengaplikasian perisian. Manakala dua aspek tambahan yang lain pula seperti aspek persekitaran dan aspek individu turut juga memberi kesan kepada pengaplikasian perisian. Dalam kajian ini aspek individu mempunyai perkaitan yang rapat dengan aspek yang lain, lalu menunjukkan terdapatnya hubungan yang dinamik antara aspek-aspek tersebut. Implikasi praktikal daripada kajian ini penekanan kepada perlunya pihak berkepentingan merencana mekanisme yang boleh menangani konflik tugas hakiki guru dan tugas pengurusan koperasi.Downloads
Published
2018-11-03
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).