Tadbir Urus Baik dan Peranan Amalan Perakaunan Pengurusan: Tinjauan di Organisasi Pelancongan Negara

Authors

  • Siti Zurina Aziz Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Amizawati Mohd Amir Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sofiah Md Auzair Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor MALAYSIA

Keywords:

Tadbir urus baik, amalan perakaunan pengurusan, pelancongan, sektor awam, Malaysia

Abstract

Setiap organisasi berfungsi dalam suatu rangka tadbir urus. Sebahagian daripada rangka kerja ini ditentukan oleh faktor luaran, namun beberapa aspek tadbir urus juga ditentukan oleh keperluan sistem yang berkesan untuk menguruskan aspek-aspek dalaman organisasi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengekplorasi mengenai prinsip tadbir urus baik di organisasi pelancongan negara (OPN), sebuah badan berkanun yang menjadi penaraju sektor pelancongan negara. Kajian ini turut melihat perkaitan antara  amalan perakaunan pengurusan dengan tadbir urus baik. Data untuk kajian diperolehi menerusi soal selidik yang dihantar kepada 70 buah pusat tanggungjawab (PTJ) yang mempunyai pengurusan dan kawalan sumber. Kadar respon adalah sebanyak 90% atau sebanyak 63 soal selidik telah diisi dan dikembalikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor penglibatan, pematuhan undang-undang, ketelusan, responsif, berorientasi kesepakatan, ekuiti, kecekapan dan keberkesanan, akauntabiliti dan visi strategik diterima dan dipersetujui sebagai aspek tadbir urus baik dan amalannya telah meningkat secara signifikan disebabkan keberkesanan penggunaan amalan perakaunan pengurusan. Ini menunjukkan bahawa amalan perakaunan pengurusan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tadbir urus baik. Kajian ini memberi sumbangan dari segi mempromosikan pencapaian tadbir urus baik bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan sumber terutamanya Badan-badan Berkanun Persekutuan (BBBP). Seterusnya penemuan  ini diharap dapat menyumbang kepada memperkasakan penggunaan amalan perakaunan pengurusan bagi mencapai satu kombinasi tadbir urus baik dalam sistem pentadbiran awam. 

Author Biographies

Siti Zurina Aziz, Universiti Kebangsaan Malaysia

Fakulti Ekonomi dan PengurusanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi SelangorMALAYSIA

Amizawati Mohd Amir, Universiti Kebangsaan Malaysia

Fakulti Ekonomi dan PengurusanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi SelangorMALAYSIA

Sofiah Md Auzair, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor MALAYSIA

Fakulti Ekonomi dan PengurusanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi SelangorMALAYSIA

Downloads

Published

2019-04-30

Issue

Section

Articles