Perhubungan di Antara Komunikasi Tentang Ganjaran Berasaskan Prestasi, Keadilan Interaksi dan Komitmen Organisasi
Keywords:
komunikasi terbuka, komunikasi berahsia, ganjaran berasaskan prestasi, keadilan interaksi, komitmen organisasi.Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai peranan keadilan interaksi sebagai pemboleh ubah pengantara dalam perhubungan di antara komunikasi tentang ganjaran berasaskan prestasi dan komitmen organisasi. Kaedah kaji selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada 310 pekerja di organisasi perkhidmatan pos dan kurir terbesar di Semenanjung Malaysia. Partial Least Square Structural Equation Modelling (PLS-SEM) telah digunakan dalam menganalisis data. Keputusan kajian menunjukkan dua dapatan penting: pertama, perhubungan di antara komunikasi terbuka, keadilan interaksi dan komitmen organisasi adalah signifikan. Kedua, perhubungan di antara komunikasi berahsia, keadilan interaksi dan komitmen organisasi adalah signifikan. Dapatan kajian ini telah mengesahkan bahawa kesan komunikasi tentang ganjaran berasaskan prestasi ke atas komitmen organisasi adalah dipengaruhi secara tidak langsung oleh keadilan interaksi. Dapatan kajian ini juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada para pengurus bahawa komunikasi tentang pengurusan ganjaran berasaskan prestasi adalah strategi yang sangat penting perlu digunakan untuk meningkatkan komitmen pekerja terhadap organisasi. Seterusnya, kajian ini menghuraikan perbincangan, implikasi dan kesimpulan.Downloads
Published
2019-04-30
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).