Laporan Audit Luaran di Malaysia: Analisis Eksploratori Perkara Utama Audit
Keywords:
laporan audit luaran, perkara utama auditAbstract
Piawaian ISA 701, Komunikasi Perkara Utama Audit dalam laporan juruaudit bebas, mengkehendaki juruaudit melaporkan isu-isu yang dianggap sebagai utama semasa kerja-kerja audit dilakukan. Piawaian ini efektif pada 15 Disember 2016 adalah merupakan piawaian terbaru berkaitan laporan juruaudit bebas. Kajian ini meneliti ciri-ciri pelaporan perkara utama audit selepas ISA 701 dikeluarkan dan menyelidiki bagaimana perkara utama audit dilaporkan terutamanya dalam kalangan syarikat yang mempunyai masalah usaha berterusan dan menerima laporan audit tanpa syarat dan syarikat yang menerima laporan audit bersyarat. Dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan kajian ini menganalisa 99 perenggan perkata utama audit daripada 46 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia daripada tahun 2016 hingga 2018, hasil penemuan kajian menunjukkan pendedahan perkara utama audit lebih bersifat generik dengan mempunyai fokus yang hampir sama. Analisis seterusnya mendapati perbezaan ketara pendedahan perkara utama audit antara dalam kalangan syarikat yang mempunyai masalah usaha berterusan dan menerima laporan audit tanpa syarat dan syarikat yang menerima laporan audit bersyarat. Hasil kajian eksploratori ini dapat memberikan gambaran awal kepada pembuat dasar, juruaudit, pengguna penyata kewangan dan pelajar-pelajar dalam memahami ciri-ciri perkara utama audit selepas ISA 701 dikeluarkan dan melihat bagaimana perkara utama audit dilaporkan terutamanya bagi syarikat yang mempunyai masalah usaha berterusan dan menerima laporan audit tanpa syarat dan syarikat yang menerima laporan audit bersyarat.Downloads
Published
2019-04-30
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).