Kesan Pemoderat Jawatankuasa Kelestarian ke atas Hubungan antara Pemilikan Syarikat dan Kualiti Pelaporan Kelestarian di Malaysia
Keywords:
Kualiti pelaporan kelestarian, pemilikan kerajaan, pemilikan keluarga, jawatankuasa kelestarianAbstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara pemilikan kerajaan dan pemilikan keluarga dengan kualiti pelaporan kelestarian di Malaysia. Kajian ini turut mengkaji kesan pemoderat jawatankuasa kelestarian ke atas hubungan antara struktur pemilikan dan kualiti pelaporan kelestarian. Motivasi kajian ini adalah arahan Bursa Malaysia mewajibkan syarikat tersenarai menyediakan penyata kelestarian pada tahun 2015. Sampel kajian terdiri daripada 100 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan saiz pasaran modal. Data dikumpul daripada laporan tahunan syarikat bagi tahun 2013, 2014, 2016 dan 2017. Kualiti pelaporan kelestarian diukur menggunakan skor indeks Global Reporting Initiative (GRI) 3.1 yang mempunyai 79 petunjuk ukuran. Penemuan kajian membuktikan bahawa pemilikan kerajaan berhubungan positif dengan kualiti pelaporan kelestarian. Sebaliknya, pemilikan keluarga adalah berhubungan negatif dengan kualiti pelaporan kelestarian. Kajian ini juga mendapati jawatankuasa kelestarian melemahkan hubungan negatif antara pemilikan keluarga dan kualiti pelaporan kelestarian. Namun, didapati jawatankuasa kelestarian tidak menguatkan hubungan positif antara pemilikan kerajaan dan kualiti pelaporan kelestarian. Dapatan kajian ini menyumbang kepada literatur pelaporan kelestarian dan memberi input kepada Bursa Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti mengenai kualiti pelaporan kelestarian dan kepentingan jawatankuasa kelestarian.Published
2019-11-05
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).