Pengiklanan Yuran Guaman oleh Peguam: Persepsi Awam dan Peguam
Keywords:
Pengiklanan, perkhidmatan peguam, yuran guamanAbstract
Pengiklanan oleh peguam dikawal oleh Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Publisiti) 2001, Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978 dan keputusan-keputusan Majlis Peguam yang berkaitan. Walaupun kaedah dan keputusan ini membenarkan peguam untuk mengiklankan amalannya dalam pelbagai cara dan medium, tetapi hanya ‘maklumat yang diluluskan’ boleh diiklankan. Namun, sebahagian besar daripada ‘maklumat yang diluluskan’ ini terbatas kepada biodata peguam serta butiran mengenai firma dan rakan kongsi peguam. Maklumat yang lebih penting untuk diketahui awam dan yang boleh membantu mereka untuk membanding serta memilih perkhidmatan peguam yang menepati keperluan mereka, tidak boleh diiklankan. Salah satunya ialah maklumat mengenai yuran guaman yang dikenakan oleh peguam. Makalah ini membincangkan tentang sekatan untuk mengiklan yuran guaman seperti yang terkandung dalam kaedah publisiti yang mengawal profesion guaman Malaysia dan membandingkannya dengan peraturan yang dikuatkuasakan di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Soal selidik untuk meninjau persepsi awam dan peguam berhubung isu ini turut diedarkan dan dapatannya dipersembahkan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pihak awam mempunyai persepsi bahawa maklumat mengenai yuran guaman adalah maklumat yang sesuai diiklankan. Namun, pihak peguam mempunyai persepsi sebaliknya. Akhir sekali, penulis menyaran beberapa penambahbaikan terhadap kaedah sedia ada, bagi memenuhi keperluan semasa.Downloads
Published
2019-11-05
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).