Peranan Strategi Perniagaan terhadap Hubungan Pendedahan Modal Intelek dalam Laporan Integrasi Kos Ekuiti : Laporan Integrasi oleh Syarikat Antarabangsa
Keywords:
Strategi perniagaan, Pendedahan modal intelek, Laporan Integrasi, Kos EkuitiAbstract
Pendedahan maklumat kewangan dan bukan kewangan memberi pengaruh yang signifikan kepada pembuatan keputusan pelaburan. Dalam ekonomi yang berasaskan pengetahuan, modal intelek merupakan maklumat bukan kewangan yang penting dalam memberi nilai sebenar syarikat dan meningkatkan daya saing dalam pasaran global. Hasil dapatan kajian lepas mendapati hubungan pendedahan modal intelek dan kos ekuiti adalah tidak konsisten. Penyelidik lepas merasakan pendedahan modal intelek dalam laporan tahunan sudah kurang relevan dalam menyampaikan maklumat prestasi sesebuah syarikat kepada pelabur. Keadaan ini disebabkan kesukaran untuk mengukur nilai modal intelek dalam laporan tahunan dan pendedahan maklumat kewangan dan bukan kewangan dilakukan secara berasingan. Selaras dengan perkembangan pelaporan korporat terkini, Laporan Integrasi (IR) diperkenalkan dengan menggabungkan laporan kewangan dan bukan kewangan yang menjadikan IR dikatakan mampu memberi nilai tambah kepada pelabur dalam proses pembuatan keputusan. Memandangkan IR merupakan bidang baharu dalam penyelidikan dan IR adalah lebih komprehensif daripada laporan konvensional, maka kajian ini penting untuk mengkaji pendedahan modal intelek dalam IR. Ciri-ciri syarikat yang pendedahan maklumat adalah strategi perniagaan pula dipilih kerana kajian mengenai hubungan antara strategi perniagaan dengan pendedahan modal intelek masih belum dijalankan. Kajian ini mempunyai dua objektif; pertama untuk mengkaji hubungan pendedahan modal intelek dalam IR ke atas kos ekuiti syarikat. Kedua, mengkaji peranan strategi perniagaan ke atas hubungan antara pendedahan modal intelek dalam IR dan kos ekuiti. Sampel kajian ini terdiri daripada IR syarikat yang tersenarai dalam Pangkalan Data International Integrated Reporting Council (IIRC). Kajian ini menggunakan analisis kandungan untuk mengukur tahap pendedahan modal intelek dan analisis regresi digunakan untuk menyiasat hubungan antara pendedahan modal intelek dan kos ekuiti dan peranan pemboleh ubah pemoderat terhadap hubungan tersebut. Hasil kajian mendapati tiada hubungan antara pendedahan modal intelek dan kos ekuiti. Namun begitu, hasil analisis selanjutnya mendapati strategi perniagaan berperanan sebagai pemoderat antara hubungan pendedahan modal intelek dalam IR dan kos ekuiti. Menariknya, analisis tambahan bagi kajian ini menunjukkan syarikat yang bersaiz besar dan menggunakan strategi pembezaan produk dalam industri berasaskan pengetahuan menanggung kos ekuiti yang berkurangan. Sebaliknya, analisis tambahan juga mendapati syarikat yang menggunakan strategi kepimpinan kos sama ada dalam industri berasaskan pengetahuan atau industri tradisional memperoleh kos ekuiti yang lebih tinggi. Hasil kajian ini relevan kepada Badan Pemantauan sama ada di peringkat antarabangsa atau di Malaysia seperti Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menggalakkan penggunaan IR di kalangan syarikat ke arah pendedahan yang lebih telus kerana ia membawa kepada kecekapan pasaran modal.Downloads
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).