Pengaruh Pemilikan Asing ke atas Pendedahan Maklumat Alam Sekitar dalam Industri Sawit di Indonesia
Abstract
ABSTRAKObjektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh pemilikan asing ke atas pendedahan maklumat alam sekitar dalam industri sawit Indonesia. Pelabur asing yang dikaji terbahagi kepada tiga kategori iaitu: (i) pelabur dari negara jiran yang merangkumi Singapura, Malaysia, Thailand dan Brunei, (ii) pelabur dari Kesatuan Eropah, dan (iii) pelabur dari negara-negara lain. Sampel kajian ini terdiri daripada syarikat kelapa sawit yang tersenarai di Bursa Efek Indonesia pada tahun 2013 hingga 2017. Jumlah sampel terdiri daripada 100 pemerhatian syarikat kelapa sawit selama 5 tahun. Pendedahan maklumat alam sekitar diambil menerusi kaedah analisis kandungan dalam laporan tahunan syarikat. Kajian ini menguji hipotesis menerusi ujian analisis data panel. Salah satu sumbangan kajian ini adalah membuktikan bahawa pihak pengurusan syarikat menjalankan strategi pelaporan berbeza apabila berdepan dengan pelabur dalam kategori berbeza. Pihak pengurusan syarikat menjalankan strategi legitimasi apabila berdepan dengan pelabur dari Kesatuan Eropah yang merupakan negara yang paling kuat memberi tekanan ke atas industri sawit. Namun, bertindak mengurangkan pelaporan maklumat tertentu apabila berdepan dengan pelabur dari negara-negara lain. Dapatan kajian ini memberi sumbangan signifikan dalam usaha meningkatkan kelestarian industri sawit menerusi pembuktian kategori pelabur yang mempunyai pengaruh dalam meningkatkan ketelusan pelaporan maklumat dan seterusnya membantu memantau aktiviti syarikat kelapa sawit yang boleh memudaratkan alam sekitar. Dapatan ini juga dijangka berguna dalam membantu penetapan polisi yang berkait dengan pelaburan asing agar industri sawit bukan sahaja mendapat akses kepada sumber modal tetapi juga dapat menangani masalah pencemaran alam.Kata kunci: Industri sawit; pemilikan asing; pendedahan maklumat; alam sekitar; IndonesiaDownloads
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).