Akauntabiliti, Kawalan Dalaman Dan Risiko dalam Pengurusan Kewangan Institusi Keagamaan
Keywords:
akauntabiliti, risiko, kawalan dalaman, pengurusan kewangan, tabung kewangan, putrajayaAbstract
Masjid dan surau di Malaysia adalah institusi keagamaan yang terdekat dengan penduduk setempat untuk menjalankan ibadah secara jemaah. Peranannya dalam menerima derma dan sedekah dari orang ramai, sumbangan badan persendirian serta peruntukan dari kerajaan menjadikan pengurusan kewangan masjid dan surau perlu dikaji. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menilai tahap kawalan dalaman dalam aspek pengurusan kewangan institusi keagamaan di Putrajaya sebagai tafsiran akauntabiliti terhadap pemegang kepentingannya. Selain itu, kajian juga bermatlamat untuk menentukan samada risiko yang boleh wujud dari pelaksanaan kawalan dalaman tersebut telah dikenalpasti. Pengumpulan data dibuat melalui kaedah temu bual separa berstruktur bersama enam wakil surau yang dipilih sebagai sampel. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa kelemahan terutamanya dalam aspek terimaan dan keselamatan wang tunai, pembayaran panjar wang runcit, perolehan, perakaunan serta kaedah pengawasan yang longgar terhadap pengurusan kewangan institusi keagamaan di Putrajaya. Selain itu, risiko penyelewengan, penyalahgunaan, pembaziran, kehilangan dan kepincangan data kewangan juga dikenalpasti boleh berlaku disebabkan elemen kawalan dalaman yang tidak teratur. Kajian ini akan menjadi asas kepada pihak kawal selia seperti MAIWP dan JAWI dalam membuat perancangan bagi menambahbaik pengurusan kewangan institusi keagamaan.Downloads
Published
2024-11-14
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).