Pelaporan Pengaturan Kerjasama Awam Swasta: Satu Analisis Keperluan
Keywords:
Kerangka kerja, pelaporan, akauntabiliti, Kerjasama Awam SwastaAbstract
Pelaporan merupakan medium penting dalam menzahirkan akauntabiliti entiti sektor awam. Namun tahap pelaporan sedia ada masih tidak memadai untuk memenuhi tuntutan akauntabiliti pihak berkepentingan. Terutamanya aktiviti yang kompleks seperti Pengaturan Kerjasama Awam Swasta atau dikenali sebagai Public- Private Partnership (PPP). Kekurangan ini boleh memberikan indikasi terhadap ketidaktelusan dan berpotensi mengancam kelestarian pelaksanaan projek-projek di bawah pengaturan PPP. Sehubungan itu, kajian ini meneroka pandangan pihak berkepentingan dalaman mengenai keperluan penyediaan laporan khusus berkaitan pengaturan PPP bagi memperkukuh akauntabiliti. Secara khusus, kajian ini berusaha mendapatkan perspektif pihak berkepentingan terhadap amalan pelaporan sedia ada dan mengesahkan keperluan untuk membangunkan satu kerangka kerja pelaporan pengaturan PPP yang komprehensif. Dengan memfokuskan kepada projek-projek infrastruktur, kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual melibatkan pihak berkepentingan dalaman di lapangan yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sehingga kini belum terdapat laporan yang mendedahkan maklumat projek PPP secara menyeluruh kepada pihak awam. Hasil kajian turut melaporkan keperluan penyediaan laporan khusus dan pembangunan satu kerangka kerja pelaporan yang bersesuaian sejajar dengan keunikan dan kompleksiti pelaksanaan pengaturan PPP. Kajian ini menyumbang kepada bidang pengurusan dan pelaporan PPP serta berpotensi menjadi asas bagi penyediaan panduan pelaporan yang efektif dalam usaha memperkukuh akauntabiliti sektor awam, khususnya di kalangan pihak yang terlibat dalam projek PPP.Kata kunci: Akauntabiliti; kerangka kerja pelaporan; kerjasama awam swasta; pelaporan sektor awamDownloads
Additional Files
Published
2024-11-08
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).