Memahami Tingkah Laku Pematuhan Cukai Dalam Kalangan Individu Penggajian Kumpulan Pertengahan (M40): Impak Elemen Ganjaran Cukai
Keywords:
pematuhan cukai, strategi pematuhan, pentadbir cukai, ganjaran cukai, kumpulan pertengahan M40Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku pematuhan cukai dalam kalangan individu penggajian kumpulan pertengahan (M40) di Malaysia. Ini memandangkan kumpulan ini seringkali terpinggir dari mendapat manfaat atau bantuan kewangan biarpun mereka merupakan antara penyumbang pendapatan hasil negara apabila tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB). Usaha ini diambil bagi lebih memahami pematuhan cukai kumpulan ini dalam usaha memastikan kumpulan ini terus kekal sebagai pembayar cukai patuh. Penumpuan diberikan terhadap tiga strategi sedia ada yang diguna pakai oleh pentadbir cukai di Malaysia iaitu ancaman hukuman (audit dan penalti cukai), pendidikan cukai serta layanan baik oleh pentadbir cukai di samping meneroka potensi penerapan elemen ganjaran cukai dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Data kajian dipungut menggunakan instrumen soal selidik yang dihantar kepada pembayar cukai individu penggajian yang berada dalam skala pendapatan kumpulan pertengahan (M40) melibatkan kakitangan di Institut Pengajian Tinggi Awam seluruh Malaysia. Berpandukan kepada 352 maklum balas yang diterima, analisis dijalankan menggunakan IBM SPSS bagi menjawab objektif kajian. Hasil analisis regresi berganda menemui strategi ancaman hukuman (audit dan penalti cukai), layanan baik oleh pentadbir cukai serta ganjaran cukai berbentuk bukan kewangan mampu mendorong kepada tingkah laku pematuhan cukai. Sebaliknya faktor pendidikan cukai dan ganjaran cukai bentuk kewangan gagal menemui hubungan yang signifikan. Kajian ini berjaya menambah literatur berkaitan pematuhan cukai melibatkan kumpulan sasar kategori M40 di samping menyerlahkan potensi pelaksanaan ganjaran cukai berbentuk bukan kewangan sebagai salah satu strategi dalam persekitaran percukaian di Malaysia. Penemuan kajian ini dapat dijadikan platform dalam menyalurkan input yang relevan kepada pentadbir cukai serta pembuat dasar khususnya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam menilai, menambahbaik serta merangka strategi pematuhan dengan misi membudayakan pematuhan cukai terutamanya dalam kalangan pembayar cukai individu penggajian di Malaysia.Downloads
Published
2025-05-08
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).