Audit Berulang Kali ke atas Syarikat Permotoran bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Di Malaysia: Perspektif LHDNM
Keywords:
Audit cukai berulang kali, ketidakpatuhan cukai, syarikat PMKS, kompetensi pegawai audit, pematuhan cukai sukarela.Abstract
Audit cukai berulang kali merupakan cabaran utama dalam memastikan pematuhan cukai di Malaysia, khususnya dalam kalangan syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sektor permotoran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada fenomena ini serta menilai keberkesanan langkah-langkah pematuhan yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini, melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan empat pegawai atasan LHDNM. Hasil kajian menunjukkan bahawa kekurangan pengetahuan percukaian, kelemahan kawalan dalaman syarikat PMKS serta persepsi negatif terhadap sistem percukaian negara merupakan faktor utama yang menyumbang kepada ketidakpatuhan cukai. Kajian ini mengesyorkan usaha untuk memperkukuh kompetensi pegawai audit, memperluas program pendidikan percukaian, dan menilai semula struktur penalti sebagai langkah untuk meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela. Hasil kajian ini dapat memberikan panduan yang berguna kepada pembuat dasar untuk meningkatkan keberkesanan strategi pematuhan cukai di Malaysia, khususnya bagi menyokong pembangunan sektor PMKS.Downloads
Published
2025-12-05
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).