LATIHAN INDUSTRI BERPAKSIKAN VOKASIONAL PENJAGAAN WARGA EMAS DALAM KURSUS KERJA SOSIAL GERONTOLOGI, FSSK, UKM
Keywords:
Kerja sosial, gerontologi, latihan vokasional, penjagaan, warga emas,Abstract
Pertambahan penduduk warga emas meningkat dengan mendadak di Malaysia, dijangka mencapai masyarakat menua (aging society) mulai tahun 2018 dan menjadi negara tua (aged nation) pada tahun 2035 dimana 15% penduduk berumur 60 tahun ke atas. Malaysia masih ketinggalan daripada aspek penyediaan penyampaian perkhidmatan bagi menghadapi negara tua. Sehubungan dengan itu, bagi mencapai pendaulat amanah negara, UKM mengorak langkah berkongsi inovasi dan amalan terbaik kursus gerontologi kerja sosial untuk menyediakan penyampaian perkhidmatan berkualiti dalam penjagaan warga emas. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengaplikasian latihan vokasional penjagaan warga emas dalam kursus gerontologi kerja sosial di UKM. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan kepada yang terlibat hanya 9 orang sahaja responden yang telah dipilih berpandukan persampelan bertujuan . Lokasi kajian yang dipilih ialah Rumah Ehsan Kuala Kubu Bahru, Selangor. Data dianalisis secara verbatim daripada transkrip yang dibina melalui temubual mendalam dengan responden. Hasil kajian dapat diaplikasikan kepada dua bahagian iaitu, i) kesan kepada pelajar yang mengikuti latihan vokasional penjagaan warga emas di UKM dan ii) kesan kepada syarikat yang menerima pelajar UKM sebagai perantis dalam memberi perkhidmatan penjagaan warga emas. Kursus ini menyediakan golongan muda dengan pengetahuan, teori, praktis dan kemahiran insaniah dalam pengaplikasian penjagaan warga emas secara sistematik. Pelajar boleh menggunakan pengalaman dan pengetahuan ini dalam keluarga, komuniti dan pekerjaan bagi membantu warga emas sakit terlantar dan kurang upaya. Kajian ini mencadangkan, kursus ini boleh dijadikan salah satu kursus citra UKM yang boleh memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 sebagai nilai tambah dan penglibatan pelajar lebih meluas merentasi bidang dan fakulti. Penglibatan UKM-KARIER mampu menjembatani pelajar dan industri bagi padanan kerjaya dan jaringan industri dengan lebih efektifReferences
Archbold, P.G., Stewart, B.J., & Miller, L.L. (1995). The PREP system of nursing interventions: A pilot test with families caring for older members. Preparedness (PR), enrichment (E) and predictability (P). Research in Nursing and Health, 18(1), 3–16.
Anita L., Zlotnik, J & Singer, T. (2003). Basic gerontological competence for all social workers: The need to “gerontologize” social work education. Journal of Gerontological Social Work, 39 (1-2): 25-36.
Azmi Abdul Malek (2013). SKM Tahap 3 boleh dibawa ke universiti. Sinar Harian. 2 Jan 3013
Berenbaum, R. (2000). Motivating students in the helping professions to work with the aged. Educational Gerontology, 26(1): 83-96.
Damron-Rodriguez, J., & Lubben, J. E. (1997). The 1995 WHCoA: An agenda for social work education and training. Journal of Gerontological Social Work, 27(3), 65-77.
Ezzy, D. (2002). Qualitative Analysis: Practice and innovative. Crows Nest NSW: Allen and Unwin.
Glover, R. W. & Cihan, B. (2005). Registered apprenticeship training in the U.S construction industry. Education Training, 47(4/5):337-349
Given, C. W. & Given, B. (1999-2002). Palliative care for patients with advanced cancer (grant project). East Lansing: Michigan tate University in collaboration with Walther Cancer Institute.
Jabatan Pembangunan Kemahiran (2012). NOSS. Dicapai pada 22 Oktober 2017, 2012 dari Kementerian Sumber Manusia: http://www.dsd.gov.my/index.php?option=com_content &view article&id=95&lang=bm.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2015). Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Putrajaya. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/4_Portal%20Content/1_About%20us/7_AnnualReport/Laporan_Tahunan_2015_DOSM.pdf
Kane, M. N. (1999). Factors affecting social work student’s willingness to work with elders with Alzheimer’s Disease. Journal of Social Work Education, 35(1): 71-85.
Lubben, J. E., Damron-Rodriguez, J. & Beck, J. C. (1992). Anational survey of aging curriculum in schools of social work. Journal of Gerontological Social Work, 18 (3/4).
Mosher-Ashley, R. R. (2000). Factors influencing college students to choose careers working with elderly persons. Educational Gerontology, 26(8): 725-736.
Nur Hanis Hazlan, Mardiah Abdull Rhaman & Khadijah Alavi. (2018). Cabaran perantis kerja sosial gerontologi dalam memberi perkhidmatan penjagaan pesakit warga emas kronik. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia, 13
Paton, R. N., Sar, B. K., Barber, G. R. & Holland, B. E. (2001). Working with older persons: Student views and experiences. Educational Gerontology, 27(2):169-183.
Scharlach, A., Damron-Rodriguez, J., Robinson, B. & Feldman, R. (2000). Educating social workers for an aging society: A vision for the 21st century. Journal of Social Work Education, 36(3): 521-538.
Silver, H. J., Wellman, N. S., Galindo-Ciocon, D., & Johnson, P. (2004). Family caregivers of older adults on home enteral nutrition have multiple unmet task-related training needs and low overall preparedness for caregiving. Journal of the American Dietetic Association, 104(1), 43-50.
Sandaran, S. C. (2012). Service learning: Transforming students, communities and universities. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 66, 380-390.