PEMBELAJARAN AKTIF DALAM KURSUS KERJA SOSIAL DAN PERUNDANGAN MELALUI KEMPEN KESEDARAN BERKAITAN PERUNDANGAN SOSIAL

Authors

  • Nur Saadah Mohamad Aun Program Kerja Sosial, Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia (PsiTra), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nor Jana Saim Program Kerja Sosial, Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia (PsiTra), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norulhuda Sarnon@Kusenin Program Kerja Sosial, Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia (PsiTra), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kempen, Kerja Sosial, Pekerja Sosial, Pembelajaran Aktif, Perundangan Sosial

Abstract

Kerja sosial dan perundangan merupakan dua profession yang saling berkaitan.  Pekerja sosial berperanan sebagai pembela bagi menjamin hak klien secara umum sekali gus memberi keadilan sosial kepada klien. Sehubungan itu, kertas kerja ini ditulis bagi menjelaskan pelaksanaan kempen kesedaran berkaitan perundangan sosial sebagai salah satu kaedah pembelajaran aktif dengan merujuk kepada teori pemasaran sosial. Pelaksanaan ini melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Kerja Sosial dan Perundangan Sosial (SKPW5102) kepada pelajar Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial. Kempen ini bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada awam tentang perundangan sosial. Kempen ini mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak Pengurusan Terminal Bersepadu Selatan dan Institut Sosial Malaysia. Pelaksanaan kempen ini juga adalah rentetan daripada pengajaran reflektif daripada kursus seumpamanya. Sebelum pelaksanaan kempen ini, pelajar diminta mengikuti perbicaraan di mahkamah bagi mendengar kes-kes berkaitan masalah sosial seperti jenayah remaja dan menulis refleksi daripada pengalaman di mahkamah tersebut. Kaedah pembelajaran tersebut pernah mendapat pingat gangsa semasa K-Novasi 2015. Namun, selepas beberapa tahun dijalankan kaedah berkenaan, pendekatan baharu dengan pelaksanaan kempen dijalankan bagi penilaian kursus Kerja Sosial dan Perundangan Sosial.

Downloads

Published

2021-12-21