Aktor Bukan Negara dan Keselamatan Nasional di Malaysia: Tentera Diraja Sulu dan Pencerobohan Lahad Datu, 2013 (Non-State Actor and National Security in Malaysia: The Royal Sulu Army and the Lahad Datu Intrusion, 2013)

Ramli Dollah, Zainus Sagi Khusyairy Pangkas

Abstract


Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia berhadapan beberapa bentuk ancaman keselamatan seperti ancaman Komunis, konfrontasi Indonesia, tuntutan Filipina ke atas Sabah dan sebagainya. Namun, era pasca Perang Dingin berlaku perubahan dalam memahami keselamatan di mana ancaman keselamatan nasional banyak disumbangkan oleh aktor-aktor bukan negara, misalnya kumpulan pengganas. Oleh itu, makalah ini membincangkan mengenai insiden pencerobohan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Tentera Diraja Sulu (RSA) di Tanduo pada 2013. Pencerobohan ini memberikan gambaran bahawa aktor bukan negara juga mampu memberikan ancaman keselamatan yang sangat besar kepada keselamatan nasional. Malahan insiden ini menunjukkan bahawa ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan ini adalah lebih besar daripada ancaman yang ditimbulkan oleh elemen-elemen keselamatan tradisional yang menekankan kepentingan aktor negara dan penggunaan ketenteraan oleh negara lain seperti yang difahami dalam kajian keselamatan. Dalam menjelaskan bagaimana ancaman ini dilihat sebagai salah satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara, beberapa indikator akan digunakan; pertama, cara kerajaan bertindak menangani ancaman ini; kedua, jumlah kematian yang disebabkan oleh RSA; ketiga, panik dan ketakutan dalam kalangan pasukan keselamatan dan masyarakat; dan keempat, jumlah wang yang diperuntukkan untuk menangani masalah ini. Artikel ini berhujah bahawa ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana aktor bukan negara juga memberikan implikasi yang besar kepada keselamatan nasional di Malaysia. Oleh itu, satu pendekatan holistik diperlukan dalam usaha menangani masalah ini. Dalam usaha menyiapkan makalah ini, selain menggunakan bahan perpustakaan dan surat khabar, penulis turut menggunakan beberapa pendekatan lain seperti pemerhatian, temu bual, kerja lapangan di kawasan terbabit dan sebagainya untuk melihat keseriusan ancaman yang ditimbulkan oleh aktor bukan negara ini.

 

Kata kunci: Aktor bukan Negara; Malaysia; Keselamatan; Tentera di Raja Sulu; Tanduo


Abstract


Since independence, Malaysia has been facing various security threats such as the Communist threat, the Indonesia confrontation against Malaysia, the Philippine’s claim on Sabah and so on. However, the post-Cold War era have changed the way of understanding national security because most of the security threats are emanated from the non-state actors, such as terrorists group. Therefore, this paper discusses the intrusion by a group called the Royal Sulu Army (RSA) in Tanduo in 2013. This incidence proved that the non-state actors are also posing huge security threat to Malaysia’s national security. Meanwhile, this intrusion also demonstrates that the threat emanated from the non-state actor is more threatening than the traditional security elements that emphasises the importance of the state and the use of the military by other countries. In explaining the seriousness and securities of the threat posed by the RSA, this article employs several variables; first, the way the government responds to the threat; second, the number of death during the intrusion; third, panic and fear among the security forces and also the public; and fourth, the amount of money allocated to deal with the threat. This article argues that the threat by the non-state actors provides major implications in understanding the issue of national security in Malaysia. Therefore, a holistic approach is needed to tackle this threat. In preparing this article, in addition to the library research and also newspapers, the authors employ some other methods such as observation, interviews, field work and so on in order to understand the seriousness of the threat by the non-state actors.

 

Keywords: Non-state actor; Malaysia; Security; Royal Sulu Army; Tanduo

 



Full Text:

PDF

References


Ayoob, M. 1984. Security in the Third World: The Worm About to Turn. International Affairs 60(1): 41-51

Booth, K. (ed.). 2005. Critical Security Studies and World Politics. Boulder, Colorado: Lynne Rienner.

Booth, K. 1991. Security and emancipation. Review of International Studies. 17(4): 313-326.

Booth, K. 1997. Security and Self: Reflections of a Fallen Realist. In Critical Security Studies: Concepts and Cases, edited by Krause, K. & Williams, M. Minneapolis: University of Minnesota Press.

Buzan, B. 1991. People, States and Fear: An Agenda for International Security Studies in the Post-Cold War Era. 2nd Edition. Boulder: Lynne Rienner.

Caballero-Anthony, M. 2015. Community security: human security at 21. Contemporary Politics. 21(1): 53-69

Daily Express (Sabah). 2013. Sultan says followers won’t leave. 19 Februari.

Dalby, S. 2013. Climate Change. The RUSI Journal. 158(3): 34-43

Kaldor, M. 2012, New and Old Wars: Organized Violence in a Global Era. 3rd Edition, Cambridge: Polity Press

Klare, M. T., and Thomas, D. C. (eds.). 1994. World Security: Challenges for a New Century. New York: St. Martin’s Press

Krause, K. & Williams, M. C. (eds.). 1997. Critical Security Studies: Concepts and Cases. Minneapolis: University of Minnesota Press.

Krause, K. & Williams, M. C. 1996. Broadening the Agenda of Security Studies: Politics and Methods. Mershon International Studies Review. 40(2): 229-254

Mohd Razif Mustafa. 2014. Krisis Lahad Datu Dari Hubungan Antarabangsa, http://coretanmayarazief.blogspot.my/2014/06/krisis-lahad-datu-dari-hubungan.html Dicapai: 23 Disember 2015

Muhammad Latif Khalfi Jaafar. 2014. Pencerobohan Lahad Datu: Merungkai Sejarah Tuntutan Sabah Latihan Ilmiah Universiti Malaysia Sabah

Mutimer, D., Grayson, K. & Beier, J. M. 2013. Critical Studies on Security: An Introduction. Critical Studies on Security. 1(1): 1-12.

New Sabah Time. 2013. PM: Penceroboh bersenjata Mulakan Dulu Serangan. 2 Mac

New Sabah Times. 2013. 12 Tentera Sulu, Dua Tentera Kita Terbunuh. 2 Mac

New Sabah Times. 2013. Pihak Keselamatan Kuasai keadaan: KM, 20 Februari Nur Azizan Idris. 2012. Dari pendekatan Realisme ke perspektif Kritikal: Menyelurusi kajian keselamatan Semasa dan pasca Perang Dingin. Dlm Keselamatan Nasional di Malaysia, disunting oleh Kamarulnizam Abdullah. Bangi: Penerbit UKM.

Nor Azizan Idris. 2012. Dari pendekatan Realism ke perspektif Kritikal: Menyelurusi kajian keselamatan Semasa dan pasca Perang Dingin. Dlm Keselamatan Nasional Malaysia, disunting oleh Kamarulnizam Abdullah. Bangi: Penerbit UKM.

Nye, J. Jr., & Lynn-Jones, S. M. 1987. International Security Studies: A Report of a Conference on the State of the Field. International Security. 12(4): 5-27.

Piper, N. 2006. Gendering the Politics of Migration. International Migration Review. 40(1): 133-164.

Ramli Dollah & Kamarulnizam Abdullah. 2014. Persoalan dan Asas Kajian Keselamatan Antarabangsa. Dlm Asas Hubungan Antarabangsa, disunting oleh Ramli Dollah & Marja Azlima Omar. Kota Kinabalu: UMS Press.

Ramli Dollah & Mohd Zambri Suharani. 2015. Fungsi dan Peranan ESSCOM dalam Menjamin Keselamatan Sabah: Satu perbandingan Persepsi antar Komuniti ‘Luar’ dan Komuniti ESSZONE. Jurnal Komunikasi Borneo. 2: 1-28.

Ramli Dollah, W. Shawaluddin W. Hassan, Peters, D. & Zaini Othman. 2016. Old Threats, New Approach and National Security in Malaysia: Issues and Challenges in Dealing with Cross-Border Crime in East Coast of Sabah. Mediterranean Journal of Social Sciences. 7(3): 178-186.

Ramli Dollah. 2004. Lanun ATAU Mundu di Sabah. JATI: Journal of Southeast Asia. 9: 171-188.

Sharifah Munirah Alatas. 2003. The Role of NGOs and Non-State Actors in Malaysia's Foreign Policy Formulation During the Mahathir Era. Akademika 62: 59-84

The Malaysian Insider. 2013. Rundingan dengan kumpulan penceroboh Lahad Datu diteruskan, kata Zahid, http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rundingan-dengan-kumpulan-penceroboh-lahad-datu-diteruskan-kata-zahid Dicapai: 16 Februari 2015.

UNDP. 1994. Human Development Report 1994 - New Dimensions of Human Security. New York: Oxford University Press.

Utusan Malaysia. 2013. KPN sahkan lima anggota polis maut serangan di Semporna. 3 Mac 2013.

Utusan Malaysia. 2013. Lahad Datu: Lapan Lagi Dituduh di bawah SOSMA. http:www.utusan.com.my Dicapai: 7 Disember 2015.

Utusan Malaysia. 2013. Polis gugurkan risalah amaran terakhir kepada penceroboh. 3 Mac 2013.

Walt, S. 1991. The Renaissance of Security Studies. International Studies Quarterly. 35(2): 211-239.

Wyn-Jones, R. 1995. Message in a Bottle? Theory and Praxis in Critical Security Studies. Contemporary Security Policy. 16(3) (December): 299-319.

Wyn-Jones, R. 1996. Travel without Maps: Thinking about Security after the Cold War. In Security Issues in the Post-Cold War World, edited by Jane Davis. Cheltenham: Edward Elgar


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694