Faham Beruk Menurut Malik Bennabi dan Perkaitannya dengan Falsafah Pendidikan Negara (Berukism from Malik Bennabi’s Thought and its Relationship with the National Education Philosophy)

Khairiah Mohd Yassin

Abstract


Faham beruk merupakan suatu faham kehaiwanan yang semakin menular dan membarah dalam kalangan masyarakat di Kepulauan Melayu. Faham kehaiwanan tersebut dibangunkan berdasarkan pemikiran Malik Bennabi. Ini kerana idea ulungnya tentang konsep manusia dan kemanusiaan bersifat sejagat yang turut terkait dengan masyarakat dari Alam Melayu. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji konsep faham beruk Malik Bennabi dan menganalisis perkaitan faham kehaiwanan tersebut dengan Falsafah Pendidikan Negara di Malaysia. Untuk itu kaedah kepustakaan digunakan sepenuhnya dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Data kajian diperolehi daripada karya-karya utama karangan Malik Bennabi. Kerangka konseptual dibentuk dan dimantapkan menggunakan kaedah analisis tekstual deskriptif. Daripada analisis tekstual tersebut, faham kehaiwanan berkenaan dihurai secara terperinci agar dapat menggabungjalin dan mencerakin idea Bennabi tentang konsep manusia dalam pembangunan peradaban. Hasil kajian mendapati bahawa faham beruk ialah suatu fahaman tersirat daripada kotak fikir Bennabi tentang permasalahan asas yang membelenggu manusia. Seterusnya, idea Bennabi berkisar persoalan manusia menitikberatkan dua aspek penting kemanusiaan iaitu keperibadian diri dan keintelektualan akal fikir. Penekanan terhadap dua aspek tersebut memperlihatkan kepentingan kajian ini kerana ia mempunyai perkaitan dengan elemen utama yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu elemen jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Elemen jasmani, emosi dan rohani berkait rapat dengan keperibadian diri. Elemen intelek pula berkaitan dengan konteks keintelektualan manusia.

 

Kata kunci: Faham Beruk; Malik Bennabi; Falsafah Pendidikan Negara; keperibadian; keintelektualan

 

Abstract

 

Berukism is an idea that is increasingly widespread and endemic in Malay Archipelago society. Berukism is the thought developed based on Malik Bennabi’s idea. His idea about the concept of man and humanity is universal and is also related to the people of the Malay world. This study aims to examine the concept of beruk from Bennabi’s perspectives, and analyse the relevance of this concept with the National Education Philosophy in Malaysia. This study adopts library research methods that was fully utilised in the process of collecting and analysing data. The data were collected through Bennabi’s major works. The conceptual framework was developed and enhanced using descriptive textual analysis. The idea of beruk will be further analysed in order to understand the concept of man in the development of civilisation. The study found that berukism evolves around Bennabi’s implicit ideas on the fundamental problems that plague mankind. His ideas on the question of humans focus on two aspects i.e. personality and intellect. The emphasis on these two aspects show the significance of this study due to its relationship with the key elements in the National Education Philosophy such as physical, emotional, spiritual and intellectual (JERI). The physical, emotional and spiritual elements define the human personality, while the intellectual element relates to human intellect.

 

Keywords: Berukism; Malik Bennabi; National Education Philosophy; personality; intellectual


Full Text:

PDF

References


Abdelaziz Berghout. 2013. Importance of Religion, Man and Knowledge in Civilizational Development Views of Malik Bennabi and Sa’id Nursi. Journal of Islam in Asia, 10(2): 98-117.

Abdul Salam Yussof. 2015. Idea-Idea Pendidikan Berkesan Al-Ghazali dan Konfusius. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Ghazzali. 2015a. Bidayatul Hidayah. Pokok Sena: Pustaka Darus Salam.

Al-Ghazzali. 2015b. Mukashafah al-Qulub. Solahuddin al-Ashani (terj.). Batu Caves: Pustaka Al-Ehsan.

Ali al-Quraisyiy. 1996. Malik Bin Nabi dan Pergolakan Sosial. Mohd Sofwan Amrullah (terj.). Jilid 1 & 2. Kuala Lumpur: YADIM.

Azmi Arifin. 2012. Syed Hussein Alatas: Pemikiran Kolonial dan Gagasan ‘Feudalisme Melayu’. Akademika 82 (1): 21-30.

Bennabi, M. 1979. Shurut al-Nahdah. Bayrut: Dar al-Fikr.

Bennabi, M. 1987. Milad al-Mujtama’. Damsyiq: Dar al-Fikr.

Bennabi, M. 1991. Islam Dalam Sejarah dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bennabi, M. 1994. Membangun Dunia Baru Islam. Afif Muhammad & H. Abdul Adhiem (terj.). Bandung: Penerbit Mizan.

Bennabi, M. 2005. Krisis Intelektual Muslim. Zulkarnain Mohamed & Farid Mat Zain (terj.). Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Bennabi, M. 2006. Vocation D’Islam. Bayrut: Dar Albouraq.

Bennabi, M. 2009. Asal Usul Masyarakat Manusia Rangkaian Hubungan Sosial. Muhammad Uthman El-Muhammady (terj.). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faisal Mohamed Ali & Bagley C. 2015. Islamic Education in a Multicultural Society: The Case of a Muslim School in Canada. Canadian Journal of Education 38 (4): 1-26.

Fawzia Bariun. 1992. Malik Bennabi and the Intellectual Problems of Muslim Ummah. American Journal of Islamic Sciences 9 (3):325-337.

Fawzia Bariun. 1993. Malik Bennabi: His Life and Theory of Civilization. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM).

H. Hasni Noor. 2015. Pendidikan Akhlak Dalam Al-Qur’an: Kajian Tafsir Tahlily. Beranda (Al-‘Ulum) 63 (1): 10-18.

Hamka. 2008. Lembaga Budi Perhiasan Insan Cemerlang. Shah Alam: Pustaka Dini.

Kamus Dewan. 2010. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahathir Mohamad. 1970. The Malay Dilemma. Petaling Jaya: Federal Publications Sdn. Bhd.

Mohamad Kamil Ab Majid. 1995. Pemikiran Malik Bin Nabi Mengenai Problem Tamadun Dunia Islam Kini. Jurnal Usuluddin 1: 32-46.

Mohammad Arif. 2008. Pemikiran Malik Bin Nabi Tentang Sejarah. Disertasi Sarjana. Fakulti Usuluddin, Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta.

Mohamed El-Tahir El-Mesawi. 2007. Religion, Society and Culture in Malik Bennabi’s Thought. The Blackwell Companion to Contemporary Islamic Thought (BCI12):213-256.

Mohd Shafiee Hamzah, Azli Fairuz Laki, Rahimah Embong & Nik Murshidah Nik Din. 2015. Penerapan Akidah Dalam Dasar Pendidikan Malaysia: Analisis Terhadap Falsafah Pendidikan Negara dan Islam Hadhari. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 9: 1-11.

Mohammad Nurhakim, M. Ag. 2008. Malik Bennabi dan Strategi Pembangunan Peradaban Alternatif Bagi Dunia Ketiga. Jurnal Al-Tamaddun 3 (1): 113-130.

Norazlan Hadi Yaacob & Aiza Maslan @ Baharudin. 2014. Manusia dan Perkembangan Peradaban: Beberapa Aspek Pemikiran Malik Bennabi dan Ali Syariati. Journal of Human Capital Development 7 (1): 83-97.

Nordi Achie. 2011. Manhaj Manusiawi Mutiara Maknawi. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahim Kaviani. 2008. Islam and Intellectual Sciences. Jurnal Al-Tamaddun 3 (1): 182-206.

Saharia Ismail. 2015. Pembangunan Insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Journal of Human Capital Development 8 (2): 83-99.

Shaharir Mohd Zain. 2012. Sains Keterlestarian Mengikut Perspektif Melayu Pra-Islam dan Melayu Islam. Akademika 82 (2): 101-108.

Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi & Muhammad Azhar Zailani. 2016. Akhlak Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Akademika 86 (2): 31-42.

Syed Hussein Al-Attas. 1977. Intellectuals In Developing Societies. London: Frank Cass.

Syed Hussein Al-Attas. 2001. Cita Sempurna Warisan Sejarah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1991. The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: ISTAC.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 2007. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Za’ba. 1984. Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Za’ba. 1992. Mencapai Keluhuran Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharah Hussin, Saedah Siraj, Zai Hazreen Ab Malik, Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Ahmad Arifin Sapar & Nurulrabihah Mat Noh. 2015. Pembangunan Akhlak dan Moral ke Arah Masyarakat Lestari. Al-Hikmah 7 (2): 72-87.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694