Kepelbagaian Varian Leksikal Dialek di Perak: Pendekatan Geographical Information System (Variety of Lexical Variants in Perak: Geographical Information System Approach)
Abstract
Perkembangan teknologi telah membawa dimensi baharu dalam kajian dialek. Kini Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah diguna pakai oleh kebanyakan pengkaji luar untuk menghasilkan peta penyebaran dialek bagi menggantikan kajian dialek yang terdahulu. Oleh itu, kajian ini meneliti kepelbagaian dialek yang ada di Perak berdasarkan data leksikal ‘air’, ‘bantal’ dan ‘saya’. Pengumpulan data dibuat menerusi kajian lapangan di 102 buah kampung iaitu meliputi seluruh negeri Perak. Data yang diperolehi kemudiannya disaring, ditranskripsi dan seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan GIS. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sebanyak tujuh varian yang ditemui bagi merujuk kepada leksikal ‘air’, enam varian bagi leksikal ‘bantal’. Manakala, terdapat 15 varian bagi leksikal ‘saya’ ditemui dalam kalangan penutur dialek di Perak. Kepelbagaian varian ini terjadi kerana wujudnya perbezaan penggunaan varian di antara dua peringkat umur iaitu generasi tua dan generasi muda. Namun, taraf pendidikan, pekerjaan dan juga perkahwinan turut mengukuhkan lagi dapatan kajian ini. Buktinya, dapatan analisis menunjukkan bahawa generasi tua yang tidak berpendidikan dan bekerja kampung ataupun suri rumah didapati lebih mengekalkan penggunaan varian asli dialek Perak berbanding dengan generasi mudanya. Hal ini kerana, kebanyakan generasi muda yang ditemui telah mengalami peralihan dialek dalam menggunakan varian-varian leksikal. Generasi muda lebih cenderung menggunakan bentuk standard dalam pertuturan mereka. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh media massa, taraf pendidikan dan bidang pekerjaan yang menyumbang kepada kepelbagaian dialek bagi generasi ini di Perak. Malahan, pengaplikasian GIS telah membantu menghasilkan peta taburan bagi ketiga-tiga leksikal di Perak secara jelas dan saintifik.
Kata kunci: Kepelbagaian dialek; leksikal; generasi tua; generasi muda; Sistem Maklumat Geografi
Abstract
Technology development has called for a new dimension in the study of dialect. At present, Geographical Information System (GIS) has been employed by various researchers in producing dialect distribution mapping to replace previous dialect studies. Therefore, this study focuses on the variety of lexical variants in Perak, namely ‘air’ (water), ‘bantal’ (pillow) and ‘saya’ (I). Data collection was carried out during a field study at 102 villages in Perak. The data collected was then filtered, transcribed and analysed using GIS method. The result shows that there are 7 variants for the lexical ‘air’ (water) and 6 variants for the lexical ‘bantal’ (pillow). Fifteen variants of lexical ‘saya’ (I) was found among Malay speakers in Perak. The variety of variants exists due to the differences of variant usage among older and younger generation. Level of education, occupation and marital status further strengthened the findings. The analysis also shows that older generation and housewives are more likely to preserve the use of native Perak Malay dialect variant compared to the younger generation. Most of the younger generation has experienced dialect evolution in the use of lexical variants and they are more likely to use the standard form in their conversation. Mass media, level of education and occupation are the factors that contribute to this dialect transition. The employment of GIS has clearly and scientifically helped in producing the distribution mapping for the three lexical in Perak.
Keywords: Variety of dialect; lexical; older generation; younger generation; Geographical Information System
Full Text:
PDFReferences
Abdul Halim Nasir. 1977. Sejarah Perak: siri pertama. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Negara.
Ajid Che Kob. 1985. Dialek geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asmah Hj. Omar. 1993. Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji. Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chambers, J. K. & Trudgill, P. 1990. Dialektologi. Terj. Annuar Ayob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cheewinsiriwat, P. 2011. The use of GIS in exploring settlement patterns of the ethnic groups in Nan, Thailand. The Asian Conference on Arts and Humanities Official Conference Proceedings 2011, Osaka, Japan.
Collins, J. T. 1983. Dialek ulu Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Halliday, M. A. K. 1968. The Users and Uses of Language. Dlm. J. Fishman. (Pnyt.). The Sociology of Language, hlm. 139-169. Mouton: The Hague.
Harishon Radzi, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Siti Noraini Hamzah, Yusmaniza Mohd Yusoff & Norlisafina Sanit. 2014. Geo-linguistics study on lexical and phonology dialect variations in North Perak, Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 118: 152-158.
Harun Mat Piah. 1970. Sistem bunyi dialek Rawa yang dituturkan dalam daerah Gopeng, Perak. Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Harun Mat Piah. 1983. Dialek negeri Perak. Bengkel Kepimpinan dan Pengajian Kebudayaan Negeri Perak, 20-23 Oktober 1983: Ipoh.
Ismail Hussein. 1973. The Malay Dialects in The Malay Peninsular. Nusantara 3: 63-79.
Mohd Nadzar Mohd Shariff, Abdul Jalil Anuar, Hasan Muhammad Ali, Nuwairi Khaza’ai & Darani Mat Dam. 2015. Glosari dialek Perak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman & Shahidi A.H. 2010. Variasi Dialek Pahang: Keterpisahan Berasaskan Jaringan Sungai. Jurnal Melayu 5: 315-332.
Mohd Tarmizi Hasrah, Shahidi A.H & Rahim Aman. 2013. Inovasi dan Retensi dalam Dialek Hulu Tembeling. GEMA Online® Journal of Language Studies 13(3): 211-222.
Nasir Nayan. 2010. Manual ArcGISTM: Amali ArcMapTM dan ArcCatalogTM. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Harishon Radzi, Mustaffa Omar & Mokhtar Jaafar. 2013. Lexical variation and distribution in Perak Malay: a GIS approach. Paper presented at Southeast Asian Linguistics Conference, Bangkok 29-31 May.
Nor Hashimah Jalaluddin, Norlisafina Sanit, Zaharani Ahmad & Harishon Radzi. 2016. Variasi kata ganti nama dialek di pesisir sungai Perak: analisis Geographical Information System (GIS). GEMA Online® Journal of Language Studies, 16(1): 109-123.
Onishi, T. 2010. Analyzing dialectological distributions of Japanese. Dialectologia, Special issue I, 123-135.
Pue Giok Hun dan Charanjit Kaur. 2014. Identiti Etnik Minoriti di Malaysia: Antara Realiti Sosial Tafsiran Autoriti dan Tafsiran Harian. Akademika 84: 57-70.
Raja Masittah Raja Ariffin. 2013. Kata dan frasa nama. Dlm. Bahasa Minangkabau Mukim Sesapan Batu Minangkabau, disunting oleh Asmah Haji Omar, 32-48. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain. 1986. Dialek Perak. Ipoh: Yayasan Perak
Rahim Aman, Norfazila Ab. Hamid & Shahidi Abdul Hamid. 2015.
Rekonstruksi Vokal dan Diftong Bahasa Melanau Purba. GEMA Online® Journal of Language Studies 15(1): 189-206.
Rohani Mohd Yusof. 1986. Dialek geografi Kuala Kangsar: Suatu Kajian Perbandingan. Tesis Sarjana. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Rohani Mohd Yusof. 2003. Kuala Kangsar sebagai Zon Transisi Dialek. Jurnal Bahasa 3(4): 588-606. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Salmah Jabbar. 2013. Morfologi dan morfofonemik. Dlm. Bahasa Minangkabau Mukim Sesapan Batu Minangkabau, disunting oleh Asmah Haji Omar, 19-27. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Noraini Hamzah, Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. 2014. Variasi dialek Melayu di Perak: Analisis Geolinguistik. Jurnal Linguistik 18 (2): 30-46.
Swadesh, M. 1955. Towards Greater Accuracy in Lexicostatistic Dating. International Journal of American Linguistics 21:121-137.
Teerarojanarat, S. & Tingsabatdh, K. (2011a). A GIS-Based Approach for Dialect Boundary Studies. Journal Dialectologia 6: 55-75.
Teerarojanarat, S. & Tingsabatdh, K. 2011b. Using GIS for Linguistic Study: a Case of Dialect Change in the Northeastern Region of Thailand. Procedia Social and Behavioral Sciences 21: 362-371.
Teo Kok Seong. 2000. Sosiolinguistik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694