Pembangunan Modal Insan: Kajian Kes Program Tunas Niaga Terengganu (Development of Human Capital: A Case Study of the Program Tunas Niaga in Terengganu)
Abstract
Program Tunas Niaga ialah satu program pembangunan modal insan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar sekolah menengah mengenai kepentingan keusahawanan dalam ekonomi negara. Programini bukan sahaja boleh memberi pengetahuan dan kemahiran keusahawanan kepada pelajar, malah membantu mereka membuat peralihan kerjaya selepas menamatkan program dan pengajian mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengukur pengetahuan dan kemahiran keusahawanan pelajar sekolah menengah yang mengikuti Program Tunas Niaga. Kajian ini memilihkaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen untuk mengetahui tahap pengetahuan dan kemahiran keusahawanan pelajar. Di samping itu, kaedah temu bual tidak berstruktur pula digunakan untuk mengetahui masalah yang dihadapi pelajar ketika mengikuti Program Tunas Niaga dan kaedah penyelesaiannya. Seramai 379 orang pelajar yang menjadi peserta Program Tunas Niaga di negeri Terengganu terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati pelajar menyatakan mereka mendapat pengetahuan dan kemahiran keusahawanan setelah mengikuti Program Tunas Niaga.Keputusan ujian Post Hoc ANOVA Tukey pula mendapati wujud perbezaan pengetahuan keusahawanan antara peserta Program Tunas Niaga yang mempunyai bapa bekerja dengan kerajaan dan swasta.Selain itu, kajian inimendapati wujud beberapa buah sekolah menengahyang masih tidak aktif menjalankan Program Tunas Niaga dan ada peserta gagal menghadiri program ini kerana sibuk membuat tugasan lain.Masalah ini tidak dapat membantu menyuburkan potensi dan bakat pelajar sekolah kerana menyulitkan mereka untuk terlibat dalam aktiviti Program Tunas Niaga. Diharapkan kajian ini mampu merangsang pihak pengelola Program Tunas Niaga dan pengeraknya agar dapat memainkan peranan lebih aktif dalam mengadakan aktiviti-aktiviti keusahawanan sekolah supaya pelajar mampu melakukan kerja sehingga menghasilkan nilai ekonomi.
Kata kunci:Modal insan; Program Tunas Niaga;pelajar sekolah menengah; pendidikan keusahawanan;kerjaya keusahawanan
Abstract
Program TunasNiaga is a program for the development of human capital by inculcating awareness about the importance of entrepreneurship in the national economyto secondary school students. This program is not only provide knowledge and entrepreneurial skills to students, but also help them to make career transition after completing the program and theirstudies. Thus, this paper aims to measure the knowledge and entrepreneurial skills of secondary school students who have participated in the Program Tunas Niaga. This study chose quantitative methods using instruments to measure the level of knowledge and entrepreneurial skills of students. In addition,anunstructured interview method is used to find out the problems faced by studentsand methods of solving the problems when they participated in the Program Tunas Niaga.A total of 379 students who participated in the Program Tunas Niaga in theState of Terengganu wereinvolved in this study. The study found that students agreed they have gained the knowledge and skills of entrepreneurship after joining Program Tunas Niaga. Results of the ANOVA post hoc Tukey test also found significant differences, with regards to the entrepreneurial knowledge, between students whose fathers are working in government and private sectors. In addition, the study also found that there are a few schools thatare not actively running the program and a few participants failed to attend the program because they were busy withother assignments. These problems would not nourish the potential and talents of students as they faced difficulties to participate in the activities of the Program Tunas Niaga. It is hoped that this study will be able to stimulate the organizers of the Tunas Niaga Program and its movers to play a more active role in conducting school entrepreneurial activities so that students can do work to produce economic value.
Keywords: Human capital; Program Tunas Niaga; secondary school students; education entrepreneurship; entrepreneurial career
Full Text:
PDFReferences
Afiah Sheikh Ismail & Nor Aishah Buang. 2019. Development of entrepreneurship intentions among school students in Malaysia. Indonesian Journal on Learning and Advanced Education 1 (1): 48-53.
Chin Yee Wah. 2006. Penang small and medium enterprises: Struggle, accommodation and challenges. Jurnal Akademika 69 (Julai): 17-35.
Esmalaily Muhamad Akhsan & Norasmah Othman. 2019. Hubungan antara kemahiran keusahawanan dengan tekad keusahawanan dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). International Journal of Education, Psychology and Counseling 4 (31): 305-317.
Guru Pembimbing Program Tunas Niaga sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah. 2014.Senarai ahli Program Tunas Niaga. Guru pembimbing Program Tunas Niaga sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah di Negeri Terengganu.
Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa&Zakila Abd Rahman. 2009. Pembangunan modal insan ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat.Working paper presented at International Conference on Human Capital Development (ICONHCD), on the 25-27 May, Kuantan, Pahang.
Hui Shan Lee, Wai Mun Har & Sin Yee Lee. 2020. Impacts of lower and upper secondary vocational education on economic growth. Journal of Technical Education and Training 12 (1): 76-81.
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. 2013a.Bilangan Murid dan Sekolah Menengah Negeri Terengganu. Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. 2013b.Bilangan Ahli Kelab Usahawan Muda di Negeri Terengganu. Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2011. Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2010. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008a. Pengenalan kepada sekolah menengah. Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Retrieved on: 8 Januari 2013.
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=pgenal_menengah.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008b.Mata pelajaran sekolah menengah. Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Retrieved on: 8 Januari 2013.
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=mata_pelajaran_menengah
Keogh, W. & Galloway, L. 2004. Teaching enterprise in vocational disciplines: Reflecting on positive experience. Management Decision 42 (3/4): 531-542.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. 1970. Determine sample saiz for research activities. Education and Psychological Measurement30: 608.
Mohd Fauzi Hamat & Mohd Khairul Naim Che Nordin. 2012. Tinjauan kepentingan pembangunan modal insan di Malaysia. Jurnal Al-Tamaddun 7 (1): 75-89.
Mohamad Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim. 2009. Perubahan sosial dan impaknya terhadap pembentukan modal insan menurut Ibn Khaldun. Jurnal Hadhari 1: 45-76.
Norasmah Othman & Sumathy Panniappan. 2012. Profil keusahawanan peniaga India di Malaysia. Jurnal Akademika 82 (1): 103-111.
Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi. 2002. Kesediaan guru-guru Perdagangan di Wilayah Persekutuan dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek pengajian keusahawanan.Jurnal Teknologi 37(E): 1-16.
Noorazman Abd. Samad, Mohd Shahzuan Ghazalan, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Affero Ismail, Hairuddin Harun, Mohd Erfy Ismail, Mohd Hasril Amiruddin & Nizamuddin Razali. 2019. Level of readiness to become entrepreneurs among lifelong learning programmes participants in Malaysian community colleges. Journal of Technical Education and Training 11 (1): 143-150.
Norfadhilah Nasharudin & Halimah Harun. 2010. Aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia35 (1): 11-17.
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu. 2011. Program Usahawan Muda. Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu. 2012. Pembangunan modal insan Program Usahawan Muda (PUM) Negeri Terengganu Tahun 2012. Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.
Suraiya Ishak, Ahmad Raflis Che Omar, Fahruddin Mustafa Al Bakri & Lokhman Hakim Osman. 2018. Amalan pembelajaran dan kesannya terhadap pembentukan pengetahuan serta kemahiran perniagaan dalam kalangan Generasi Z. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 14 (1):15-28.
Unit Perancang Ekonomi. 2001.Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010. Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Ura Pin @ Chum, Norasmah Othman & Jamil Ahmad. 2010.Penilaian Program Perintis Usahawan (PPU) di sekolah rendah. Kertas kerja dibentangkan di Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah anjuran Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding Seminar Penyelidikan SiswazahJilid 3, 173-192.
Te Tie Seng, Arnida Abdullah & Abdullah Mat Rashid. 2019. Pengaruh faktor terpilih terhadap aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar kolej komuniti. Akademika 89 (3): 41-52.
Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang & Ibrahim Mamat. 2019. Faktor-faktor penentu kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Akademika 89 (2): 3-15.
Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang & Ibrahim Mamat. 2020. The influence of predictor factors on entrepreneurship career inclination: Benefit of entrepreneurship career as a mediator. Sains Humanika 12 (2): 61-69.
Yap Kwee Leng & Nor Aishah Buang. 2019. The involvement in tunas niaga activities and the entrepreneurial attitude among secondary schools. Indonesian Journal on Learning and Advanced Education1 (1): 15-25.
Zarina Md Nor & Zuraida Ramli. 2016. A glimpse at women entrepreneurs in Penang. Jurnal Akademika 86 (2): 79-86.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694