Pengetahuan dan Amalan Penjagaan Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Pra-Sekolah (Environmental Awareness and Practice among Preschool Student)
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan alam sekitar, pengetahuan bahan kitar semula dan amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan murid prasekolah di Miri, Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Data kajian telah diperolehi secara kuantitatif melalui kaedah soal selidik bergambar. Borang soal selidik bergambar ini telah diedarkan kepada 470 responden dalam kalangan murid tadika dan prasekolah di Miri, Sarawak yang dipilih secara rawak mudah. Bagi meneliti tahap pengetahuan alam sekitar, pengetahuan bahan kitar semula dan amalan penjagaan alam sekitar, analisis secara deskriptif telah digunakan. Kajian ini dilakukan untuk meneliti hubungan bagi pemboleh ubah yang menggunakan kaedah analisis korelasi pearson. Hasil dapatan daripada soal selidik mendapati pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian iaitu pemboleh ubah pengetahuan alam sekitar, pengetahuan bahan kitar semula dan amalan penjagaan alam sekitar menunjukkan responden mempunyai tahap yang sederhana. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan responden (guru) mempunyai tahap yang sederhana terhadap pengetahuan alam sekitar, pengetahuan bahan dan amalan penjagaan alam sekitar. Dapatan menunjukkan wujud hubungan korelasi yang kuat tetapi signifikan antara pemboleh ubah pengetahuan alam sekitar dan pengetahuan bahan kitar semula. Keadaan ini jelas menunjukkan pendidikan alam sekitar dalam kalangan murid masih berada pada tahap yang rendah. Malah, bukan murid sahaja yang mempunyai keputusan analisis yang lemah bahkan hasil dapatan temu bual bersama sepuluh orang guru juga menunjukkan keputusan dapatan yang sama. Kajian telah menunjukkan hubungan yang tidak selari di antara pengetahuan alam sekitar, pengetahuan bahan dan amalan penjagaan alam sekitar menerusi pendidikan alam sekitar di sekolah. Kesimpulannya, pengetahuan alam sekitar dan pengetahuan bahan kitar semula mempengaruhi amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan murid melalui pendidikan alam sekitar di sekolah.Justeru, dalam usaha membentuk generasi yang lestari pada masa hadapan, penerapan nilai, sikap serta pengetahuan penjagaan alam sekitar perlu didedahkan pada peringkat awal lagi.
Kata kunci: Pengetahuan alam sekitar; pengetahuan bahan kitar semula; amalan penjagaan alam sekitar; alam sekitar; prasekolah; pendidikan alam sekitar
Abstract
The aim of this research is to find the level of environmental knowledge and knowledge about recyclable materials and environmental care practices among preschool students and teachers in Miri, Sarawak, using a combination of quantitative and qualitative methods. The study data were quantitatively obtained using the image survey method; the questionnaire was distributed to 470 randomly selected preschool students in Miri, Sarawak. Pearson correlation analysis was used to examine the relationships among the variables to determine factors affecting environmental knowledge levels. The survey results revealed that both the preschool students and the preschool teachers had moderate levels of knowledge about the environment, recyclable materials and environmental care practices. There appeared to be a strong but significant correlation between environmental knowledge variables and knowledge of recyclable materials. Based on these results, it appeared that the environmental education among students is still low, and the interviews with ten teachers showed similar results. In conclusion, knowledge about the environment and recyclable materials as a result of environmental education in schools appears to influence students’ environmental care practices. To shape sustainable growth for future generations, proper application of values, attitudes and knowledge of environmental care must be instilled in students at an early stage.
Keywords: Environmental knowledge; recyclable materials knowledge; environmental practices; preschools; environmental education
Full Text:
PDFReferences
Abd Aziz Rekan, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md Yusoff. 2019. Peranan Konsep ‘Surau Hijau’ dalam Membentuk Komuniti Lestari di Sekolah.Akademika. 89(3): 99-112.
Alias, N. A., & Tun Ismail, W. N. A. (2019). Analisis Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Komuniti Tebing Sungai Terengganu, Malaysia . Asian People Journal (APJ) 2(2): 105-117.
Azizi Muda et al. 2012. Pendidikan Alam Sekitar : Melestarikan Kesedaran Masyarakat di Malaysia. Penerbit Jabatan Geografi dan Alam Sekitar. Fakulti Sains Kemanusiaan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim, 35900 Perak.
Amir Hamzah, S.,Chin Chee Keong. 2012. Sikap dan Amalan Murid Sekolah Rendah dalam Konsep Lestari. Persidangan Kebangsaan Pembangunan Dan Pendidikan Lestari 2012, (September), 19–20. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Durkan, N., Güngör, H., Fetihi, L., Erol, A., & Gülay Ogelman, H. 2016. Comparison of environmental attitudes and experiences of five-year-old children receiving preschool education in the village and city centre. Early Child Development and Care, 186(8): 1327–1341.
Farhana, B., Mikael, W., & Monika, V. 2017. Children’s Learning for a Sustainable Society: Influences from Home and Preschool. Education Inquiry 1: 1–22.
Farah Izyan Raman, Kamariah Abu Bakar. (2019). Amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan guru Prasekolah. GEOGRAFIA. Malaysian Journal of Society and Space 15(2):15-30.
Grimmette,K.A. 2014.The Impacts of environmental education on youth and their environmental awareness. Environmental Studies Undergraduate Student Theses. Paper 135.
Gülay, O. 2012. Teaching preschool children about nature: A project to provide soil education for children in Turkey. Early Childhood Education Journal 40(3): 177–185.
Ham, S., & Han, H. 2013. Role of perceived fit with hotels’ green practices in the formation of customer loyalty: Impact ofenvironmental concerns. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012. Asia Pacific Journal of Tourism Research 18(7):731-748.
Hafizah, A., Aziz, N. A., Latif, Ijas, N. M., & Sharaai, A. H. 2013. Kajian perhubungan antara kesedaran alam sekitar dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti, Kajian Kes: Pelajar Tahun Satu Universiti Putra Malaysia (UPM).
Hasnah, A., Dody, D., Noraziah, A., Maznah, I., & Sarifah, Y. 2012. Tingkahlaku isirumah dan pengurusan sisa pepejal kawasan perumahan di Jakarta, Indonesia. GEOGRAFIA Malaysia Journal of Society and Space 8(6):184 - 194.
Hemati, Z. 2012. Study on Plastic Rercycling in Petaling Jaya. Institute of Biological Sciences Faculty of Science. Environmental Management. 1-18.University of Malaya, Kuala Lumpur.
Ismail, A., & Rahman, H. A. (2015). Pengetahuan dan amalan pengurusan sisa pepejal dalam kalangan masyarakat di Taman Mesra dan Taman Bakti Kota Bharu , Kelantan. Jurnal Geografi 3(2): 14–27.
Jimaain, A., Halim, A., Aderi, M., & Noh, C. 2012. Penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah. Jurnal Teknologi (Social Sciences) 58: 1-11.
Jamilah, A. 2012. Amalan mesra alam : Kajian pengetahuan alam sekitar di Sabah dan Sarawak. Journal of General Studies 3:139-154.
Jamilah, A. et al 2011. Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara. Akademika 81(3) 2011: 103-115.
Liefländer,A.K.,& Bogner,F. X. 2016. Educational Impact On The Relationship of Environmental Knowledge and Attitudes. Environmental Education Research : 2–14.
Muhd Ibrahim Muhamad Damanhuri1, Durairaj Ehambron& Marlizah Yusuf. 2016. Tahap Kesedaran dan Amalan Pendidikan Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains di Daearah Hulu Selangor. Jurnal Geografi. Vol. 4 (2): 28-35.
Mohd, A. et al., 2012. Pengetahuan dan Amalan Kelestarian Alam Sekitar di kawasan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara. Akademika 81(3): 103-115.
National Population and Family Development Board, Malaysia (2017) Pengetahuan, sikap dan amalan ahli komuniti mengenai penjagaan alam sekitar dan amalan 3R di Perlis.
Nor’aini, Y., Suraiyati, R., & I., M. 2016. The environmental practice of resorts and tourist loyalty: The role of environmental knowledge, concern, and behaviour. Anatolia, 27(2): 214–226.
Noor Azizah, S., & Zanaton, H. 2015. Kesedaran alam sekitar melalui aplikasi kendiri alam sekitar (KAKAS). Environmental Awareness Through Self Application Environment 18 (2): 23–31.
Norshahida Akma Alias&Wan Nor Azilawanie.2019. Analisis Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Komuniti Tebing Sungai Terengganu, Malaysia.Asian People Journal. Vol 2 (2): 105-117.
Rahman, F. A. 2014. Reduce, Reuse, Recycle: Alternatives for Waste Management. Cooperative Extension Service. Department of Extension Family and Consumer Sciences, New Mexico State University
Turtle et al., 2015. Greening the curriculum: Current trends in environmental education in Israel’s public schools. Cogent Education. Israel Studies, 20 (1):57-86.
UNESCO. 1986. Sustainable Development. Agenda. United Nation New York
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694