Laluan Sutera Baharu Maritim China dan Implikasinya ke atas Autonomi Negara Malaysia dan Indonesia (China’s New Maritime Silk Road and Its Implications for Malaysia and Indonesia State Autonomy)

Muhamad Azwan Abd Rahman

Abstract


Peralihan strategi China menerusi ‘One Belt One Road’ (OBOR) yang diperkenalkan Xi Jinping pada tahun 2013 bukan setakat memberi saingan kepada kuasa besar lain seperti AS tetapi telah menarik minat pelbagai negara di rantau Asia Tenggara khususnya Malaysia dan Indonesia menyertai projek Laluan Sutera Baharu Maritim. Sambutan baik ini bukan sekadar atas keyakinan sejarah Laluan Sutera Maritim Klasik, tetapi dipengaruhi oleh keinginan negara-negara tersebut memperoleh modal dan teknologi daripada China. Kemasukan modal China secara besar-besaran melalui kerjasama ini walau bagaimanapun mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin lokal dan kelompok-kelompok lain tentang kemungkinan dominasi oleh China. Makalah ini menghujahkan Malaysia dan Indonesia menerima manfaat besar dalam projek
kerjasama Laluan Sutera Baharu Maritim bersama China. Dalam pada itu, ia juga menimbulkan prospek serta cabaran baharu khususnya kepada autonomi negara. Dari segi kaedah, makalah ini memperoleh data primer menerusi temu bual mendalam bersama beberapa tokoh informan utama Malaysia dan Indonesia serta dikukuhkan dengan bukti-bukti empirikal melalui data sekunder. Menerusi artikel ini mendapati di satu pihak Malaysia dan Indonesia berpendirian positif dengan melihat manfaat serta peluang daripada kerjasama ini tetapi di pihak lain, ia terkesan dengan beberapa implikasi yang berbeza. Bagi Malaysia,
kemasukan modal China secara besar-besaran dan mendadak ini menimbulkan kebimbangan domestik akan kemungkinan pergantungan yangberlebihan kepada China. Manakala Indonesia menerusi strategi Poros Maritim Dunia yang digagaskan Jokowi dilihat sebagai upaya mengekalkan kemandirian serta kuasa autonomi negara. Namun lambakan produk China ke dalam pasaran Indonesia juga dilihat sebagai persaingan dan ancaman kepada kepentingan ekonomi lokal. Artikel ini juga menyumbang dalam batas tertentu kepada korpus ilmu pembangunan serantau.

Kata kunci: Laluan Sutera Baharu Maritim China; One Belt One Road; Dana Laluan Sutera; Malaysia; Indonesia

 

Abstract

 

OBOR introduced by Xi Jinping in 2013 has not only posed as a competition to superpowers such as the US but it also attracted the interest from various countries in Southeast Asia, namely Malaysia and Indonesia, to join New Maritime Silk Road.The positive response from both countries is not only due to the confidence in the history, but more so because of their interest in obtaining China’s capital and technology. However, the massive influx of China’s investments through this cooperation has sparked anxiety among local leaders
and other groups about the probability of China’s domination.This article argues that the benefits enjoyed by Malaysia and Indonesia through cooperation in this initiative come together with prospects and challenges, especially on state autonomy. This article obtained primary data via interviews with selected key informants from Malaysia and Indonesia; such data was strengthened with empirical evidence from secondary sources. The findings show Malaysia and Indonesia do stand to benefit from this cooperation. However, the various
implications may arise from such cooperation. For Malaysia, the rapid and massive influx of China’s investments has raised concerns of domestic about the probability of overdependence on China. Whereas in Indonesia, Jokowi’s global maritime fulcrum strategy can be seen as an attempt to preserve the country’s independence and state autonomy. However, the huge flows of China’s products flooding Indonesia’s market is viewed as a competition and a threat to local businesses.This articles contributes to some extent to the corpus of knowledge in terms of regional development.

Keywords: China New Maritime Silk Road; One Belt One Road; Silk Road Fund; Malaysia; Indonesia



Full Text:

PDF

References


Temubual

Abdul Majid Ahmad Khan. 2017. Pendirian Malaysia Terhadap Laluan Sutera Baharu Maritim China. Seksyen 9, Bangi (aplikasi Skype), Temu bual, 21 November.

Bambang Irawan. 2016. Pendirian ASEAN Terhadap Laluan Sutera Baharu Maritim China. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (aplikasi Skype), Temu bual, 5 Disember.

Budi Suseto. 2017. Pendirian Indonesia Terhadap Laluan Sutera Baharu Maritim China. Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Temu bual, 20 Februari 2017.

Dewi Fortuna Anwar. 2017. Pendirian Indonesia dan ASEAN Terhadap Laluan Sutera Baharu Maritim China. Sekretariat Wakil Presiden Republik Indonesia, Jakarta, Temu bual, 23 Februari 2017.

Kushananto. 2017. Pendirian Indonesia Terhadap Laluan Sutera Baharu Maritim China. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Temu bual, 10 Februari 2017.

Mahathir Mohamed. 2017. Pendirian Malaysia Terhadap Laluan Sutera Baharu Maritim China. Wilayah Persekutuan Putrajaya, Temu bual, 10 Januari.

Tan Kai Hee. 2017. Pendirian Malaysia Terhadap Laluan Sutera Baharu Maritim China. Hai-O Enterprise Berhad, Lot 6.03, Tingkat 6 Sun Complex, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Temu bual, 13 Februari 2017.

Tengku Razaleigh Hamzah. 2017. Pendirian Malaysia Terhadap Laluan Sutera Baharu Maritim China. Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur, Temu bual, 16 Februari 2017.

Abdul Rahman Embong. 2009. Sharing a Future in Asia : Illusion or Reality ? Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman Embong. 2018. The Charms of China’s New Silk Road : Connecting The Dots In Southeast Asia. Dlm. Changing Constellations of Southeast Asia: From Northeast Asia to China, disunting oleh Pieterse, J. N., Abdul Rahman Embong dan Tham Siew Yean. London: Routledge.

American Enterprise Institute. 2016. Chinese Investments in United States. http://www.aei.org.com. diakses pada: 18 Januari 2017.

Anon. 2015. Sale of Edra powers assets will slash 1MDB debts. https://www.nst.com.my/news/2015/11/113500/sale-edra-power-assetswill-slash-1mdb-debts. diakses pada: 18 Januari 2016.

Anon. 2016. Malaysia, China to sign contract for RM55bil East Coast Railway on Tuesday.http://www.thestar.com.my/. diakses pada : 12 Disember 2016.

Anon. 2017. China demands Indonesia drop new name for Natuna waters. http://www.thejakartapost.com/news/2017/09/03/china-demands-indonesia-dropnew-name-for-natuna-waters.html. diakses pada: 1 September 2017.

Anon. 2017. KM: Tanah Melaka Gateway tak beri pada pelabur China. http://www. freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/01/25/km-tanah-melakagateway-tak-beri-pada-pelabur-china/. diakses pada: 15 Februari 2017.

Arase, D. 2015. China’s Two Silk Road Initiative : What it Means for Southeast Asia. Dlm. Southeast Asian Affairs 2015, disunting oleh Daljit Singh, 25-45. Singapore: ISEAS Publication.

Edy M Ya’kub. 2015. Sultan HB X : Tolak Jalur Sutra Maritim China. http://antaranews.com. diakses pada: 17 Februari 2017.

Evers, H. D. 2017. Connecting Oceans: Malaysia as a Maritime Nation. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fallon, T. 2015. The New Silk Road : Xi Jinping’s Grand Strategy for Eurasia. American Foreign Policy Interest 37: 140-147.

Feng Zhang. 2015. China as a global force. Asia & Pacific Policy Studies : Special Issue 3 (1): 120-128.

Fukuyama, F. 2016. Exporting the Chinese Model. http://www.projectsyndicate.org. diakses pada 17 Mac 2017.

Heng Siam-Heng. 2007. Asian renaissance and enlightenment – Problems and prospects. Akademika 71 (1) : 117-123.

http://news.xinhuanet.com/english/2015-03/28/c_134105435.htm. diakses pada : 7 Julai 2015.

http://www.imf.org. diakses pada : 28 April 2015.

http://www.world.bank.org. diakses pada : 29 Mei 2016.

https://www.najibrazak.com/bm/blog/ucapanbajet-2017/. diakses pada : 12 Disember 2016.

https://www.silkroadfund.com.cn. diakses pada: 2 Februari 2017.

https://www.tradingeconomics.com. diakses pada: 28 Jun 2016.

Joko Widodo. 2017. Apakah itu Tol Laut?. Video Pendek. https://www.youtube.com/watch?v=S7aPF38sWy8. diakses pada 3 Mac 2017.

Karlo Mikhail. 2017. Big power rivalry and domestic politics : Media’s potrayal of the Jakarta-Bandung high speed railway deal. Asian Politics and Policy 9 (1) : 169-174.

Leafy Anjangi. 2014. http://katadata.co.id/infografik/2014/12/04/tol-laut-jokowi-poros-maritim-dunia. diakses pada 9 Mei 2017.

Lee, C. 2016. Deepening of Malaysia’s economicties to China: What are the implications? ISEAS Perspectives 69 : 1-12.

Leo Suryadinata. 2017. What does Indonesia’s renaming of part of the South China Sea signify? ISEAS Persepective 64 : 1-6.

Leslie Lopez. 2017. China’s Wanda in talks to develop Bandar Malaysia project. http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/chinas-wanda-in-talks-to-developbandar-malaysia-project. diakses pada 9 Jun 2017.

Muhamad Azwan Abd Rahman. 2018. Laluan Sutera Baharu Maritim China: Kerjasama dengan Malaysia dan Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nainggolan, P. P. 2015. Kebijakan poros maritim dunia Joko Widodo dan implikasi internasionalnya. Politica 6 (2) : 167-190.

Ristian Atriandi Supriyanto. 2016. Breaking the Silence: Indonesia Vs. China in the Natuna Islands. http://thediplomat.com/2016/03/breaking-the-silenceindonesia-vs-china-in-the-natuna-islands/. diakses

pada : 22 Mei 2016.

Rock, M. T. 2015. Southeast Asia’s democratic developmental states and economic growth. Institutions and Economies 7 (1) : 23-51.

Sheng Laiyun. 2016. China Statiscal Book Year 2016. http://www.stats.gov.cn. diakses pada: 6 Januari 2017.

Sity Daud. 2004. Globalisasi dan negara pembangunan. Akademika 64 (1) :27-41.

Uni Lubis. 2016. LINI MASA: Kontroversi proyek Kereta Api Cepat Jakarta-Bandung. http://www.rappler.com. diakses pada : 27 Februari 2017.

Wilmar Salim & Siwage Dharma Negara. 2016. Why is the high speed rail pojects so important to Indonesia. ISEAS : Perspective 16 : 1-10.

Yang Jianmin. 2015. China’s new diplomacy under the Xi Jinping administration. China Quarterly of International Strategic Studies 1 (1): 1-17.

Zhao Hong. 2015. China’s New Maritime Silk Road: Implications and Opportunities for Southeast Asia. Singapore : ISEAS.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694