Prinsip Syariah Berkaitan Prosedur Siasatan dan Pendakwaan: Khazanah Ilmu Yang Memangkin Perkembangan Perundangan Dalam Masyarakat Syariah (Principles Regarding Investigation and Prosecution Procedures: A Wealth of Knowledge Propeling Towards Legal Development in the Society)

Ahmad Azam Mohd Shariff, Mazupi Abdul Rahman

Abstract


Islam adalah merupakan satu sistem kehidupan yang komprehensif serta berkeupayaan membimbing kehidupan manusia. Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Kehidupan manusia diatur dan dikawalselia oleh undang-undang syariah yang wujud dalam bentuk prinsip-prinsip syariah yang wajib dipatuhi. Prinsip syariah tersebut mencakupi pelbagai aspek perundangan yang mengawalselia kehidupan seharian masyarakat. Ini termasuklah aspek prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah. Di Malaysia, prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah adalah bersumberkan al Qurān dan al Sunnah serta diijtihadkan oleh para ulama’ terdahulu. Malah, prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah di negara ini turut mencakupi kesemua enakmen-enakmen syariah yang digubal serta diluluskan oleh badan penggubal undang-undang antaranya enakmen prosedur jenayah syariah dan enakmen keterangan mahkamah syariah. Artikel ini akan menyorot kembali sumber-sumber serta penulisan-penulisan dalam aspek prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah. Kesemua sumber dan penulisan ini adalah amat berharga kerana ternyata menjadi rujukan serta pemangkin ke arah memperincikan lagi prinsip dan perundangan dalam bidang berkenaan di masa akan datang. Artikel ini berdiri di atas penyelidikan yang menggunapakai kerangka kajian kualitatif yang bercirikan doktrinal. Kesemua maklumat dikumpul melalui kajian perpustakaan yang dianalisis melalui metod-metod analisis kandungan dan analisis kritis. Kemudiannya hasil kajian tersebut kemudiannya dicernakan dalam artikel ini. Akhir sekali, artikel ini mengutarakan peranan penting yang dimainkan oleh sumber serta penulisan yang berupaya memangkin segala perincian yang dilaksanakan berkaitan prinsip dan prosedur siasatan dan pendakwaan di masa akan datang. Ternyata sumber serta penulisan tersebut adalah merupakan suatu khazanah ilmu yang tidak ternilai untuk masyarakat.


Kata kunci: Prosedur siasatan syariah; prosedur pendakwaan syariah; al Quran; al Sunnah; kes jenayah syariah

 

Abstract


Islam is a complete and comprehensive life system capable of guiding human’s life. Islam determines the relation between man and Allah as well as among humanbeings. Man’s life is determined and supervised by syariah law which is in forms of syariah principles which must be obliged. The syariah principles covers a wide range of legal aspects which supervised our daily lives. This includes aspects of investigation and prosecution procedures. In Malaysia, investigation and prosecution procedures is based on al Quran and al Sunnah and at the same time beingrefined further by the previous ulama’. In addition, investigation and prosecution procedures in Malaysia are also based on the syariah enactments enacted by the States’ Legislature among them Syariah Criminal Procedure Enactments and Syariah Court Evidence Enactments.This article cast a glance at all sources and writings regarding investigation and prosecution procedures. Such sources and published writings are very much valuable as these would become references and act as catalysts towards refining future principles and provisions. This article is based on a research work which uses qualitative and doctrinal methods. Informations are gathered through library research which
are analysed through content and critical analysis methods. The research findings are then reported in this article. Last but not least, this article points at the important role played by the said sources and writings capable of propelling future refinements of syariah investigation and prosecution prosedures. Verily these sources and writings are priceless knowledges for the society.


Keywords: Syariah investigation procedures; syariah prosecution procedures; al Quran; al Sunnah; syariah
criminal cases


Full Text:

PDF

References


Abu Hassan bin Abdullah. 1980. Tamlih Qudhah Al Andalus. Beirut: Dar Al Alaq.

Abdul Muniem. 1965. Tarikh al Qadha’ fi al Islam. Mesir: Matba’ah Lajnah al Bayan al Arabi.

Ahmad Azam Mohd Shariff. 2012. Prosedur Siasatan dan Pendakwaan Kes Jenayah Syariah: Lakuna Dalam Perundangan Jenayah Syariah di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. Selangor: Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi.

Al Bukhary. 1993. Sahih Al Bukhary. Jil. 6. Kuala Lumpur: Victor Agencie.

Daud bin Muhammad. 2001. Konsep Penyiasatan Di Dalam Islam. Kertas Kerja Seminar Pendakwaan di Mahkamah Syariah 23-24 Julai 2001. Kuala Lumpur: IKIM.

Ibn Abi Al Dam. 1982. Adab Al Qadhi. Damsyik: Dar Al Fikr.

Ibn Qayyim. 1968. I’lam Al Muwaqqien An Rabb Al Alamin. Kahirah: Maktabah Al Kulliyyah Al Azhariyyah.

Mahmud Saedon A. Othman. 1996. Institusi Pentadbiran Undang-Undang dan Kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Md Saleh Hj Md. @ Haji Ahmad. 2001. Al Bayyinah (Keterangan) dan Beban Pembuktian: Teori dan Amalan di Mahkamah Syariah. Kertas Kerja Seminar Pendakwaan di Mahkamah Syariah 23-24 Julai 2001. Kuala Lumpur: IKIM.

Mu‘ammal Hamidy, Imron Am, Umar Fanany. 1987. Nailul Authar: Himpunan Hadis-Hadis Hukum. Jil. 6. Kuala Lumpur: Pustaka Al Azhar.

Muhammad al Zuhaili. 2008. Al Ijra’at al Jinaiyyah al Syariyyah. Imarat al Arabiyyah al Mutahaddidah: Jamiah al Syariqah, al Syariqah.

Muhammad Mustafa al Zuhaili. 1994. Wasail Al Ithbat Fi Al Syariah Al Islamiyyah. Damsyik : Dar al Bayan.

Rahimin bin Bani. 2001. Proses tangkapan bagi kesalahan-kesalahan Syariah. Kertas Kerja Seminar Pendakwaan di Mahkamah Syariah 23-24 Julai 2001. Kuala Lumpur: IKIM.

Ruzman Md. Noor. 1993. Qarinah sebagai keterangan dalam kes-kes hudud: Kajian terhadap kes zina. Jurnal Syariah 1( 1): 128- 129.

Syed Agil Barakbah. 1994. Pendekatan perbandingan dalam undang-undang prosedur jenayah. Kertas Kerja Seminar Undang-Undang Keterangan dan Prosedur di Mahkamah 14-15 Oktober 1994. IKIM: Kuala Lumpur.

Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Anisah Che Ngah & Mohamed Anwar Omar Din. 2017. Islam agama bagi persekutuan: Satu kajian sejarah perundangan. Jurnal Akademika. 87(3): 177- 193.

Zulfakar Hj. Ramlee. 2001. Penyiasatan menurut acara jenayah syariah di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Pendakwaan di Mahkamah Syariah 23-24 Julai 2001. Kuala Lumpur: IKIM.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694