Ulasan Buku/Book Review. "The Remembered, Preserved and Imagined Past. My Heritage Memoirs" by Tun Ahmad Sarji, Petaling Jaya, Pelanduk, 2018

Authors

  • Lee Jing Institute for Environment and Development (LESTARI)
  • Sharina Abdul Halim Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM
  • Sarah Aziz Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) , UKM
  • Halimaton Saadiah Hashim Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM
  • Puay Liu Ong Institut Kajian Etnik (KITA), UKM; Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM
  • Rahimah Abdul Aziz Pusat Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM; Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM
  • Geraldin K.L. Chan Pusat Sosial, Pembangunan dan Kelestarian Alam Sekitar, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM; Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM
  • Tanot Unjah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM

Abstract

Since a Book Review has no Abstract, I hereby provides the first paragraph of the Book Review here:  “If we believe that heritage buildings tell a story of the city, its people, its way of life, then what happens when they are destroyed?” (pg. 10). Starting with such a poignant line of enquiry, which sets the scene for the book on Tun Ahmad Sarji’s collection of Heritage Memoirs, we could say that the book’s title - “The Remembered, Preserved and Imagined Past. My Heritage Memoirs” – captures the heart of one man’s passion for heritage recognition and conservation. This book has six chapters, which encompassed Tun Ahmad Sarji’s commitment to heritage identification, recognition, preservation and conservation, through his various capacities and involvement in different organisations. 

Author Biographies

Lee Jing, Institute for Environment and Development (LESTARI)

Lee Jing, Ph.D., ialah seorang Felo di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM. Bidang penyelidikan beliau ialah undang-undang antarabangsa awam di mana beliau mengkaji interaksi dan konflik antara undang-undang alam sekitar dan undang-undang sumber asli, serta pengaruh undang-undang antarabangsa di peringkat antarabangsa dan global kepada perkembangan progresif undang-undang di peringkat kebangsaan, dan vice versa. Beliau berminat mendalami jurispruden secara umumnya terutamanya jurispruden normatif dan penyelidikan beliau kini tertumpu kepada penerokaan pendekatan empirikal kepada teori normatif dan sosiologi undang-undang. 

Sharina Abdul Halim, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM

Sharina Abdul Halim, Ph.D., merupakan seorang Felo dan Pensyarah Kanan di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM. Bidang kepakaran beliau ialah Sosiologi Alam Sekitar dan telah terlibat dengan penyelidikan yang menjurus ke arah pemuliharaan warisan, pembangunan komuniti dan kelestarian kehidupan. Fokus penyelidikan tertumpu kepada masyarakat kepulauan dan peribumi. Juga bergiat aktif dalam pembangunan Langkawi UNESCO Global Geopark sebagai ahli jawatankuasa Saintifik semenjak 2006 serta salah seorang ahli Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan.

Sarah Aziz, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) , UKM

Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz, Ph.D., merupakan seorang Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum berkhidmat di UKM, beliau dilatih dan telah beramal sebagai seorang peguambela dan peguamcara. Di LESTARI UKM, penyelidikan beliau menjurus kepada aspek undang-undang, alam sekitar dan pembangunan memfokus kepada sumber asli dan governans alam sekitar; pengurangan risiko bencana; dan perkaitan undang-undang dan aspirasi pembangunan lestari.

Halimaton Saadiah Hashim, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM

Halimaton Saadiah Hashim, Ph.D., merupakan Felo Bersekutu di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berkhidmat di LESTARI sebagai Felo Utama antara 2006-2014 dan menjalankan penyelidikan pembangunan mampan yang berkaitan dengan bidang perancangan guna tanah, spatial, fizikal dan wilayah mampan, serta governans pemuliharaan warisan. Mempunyai kelulusan dan pengkhususan dalam perancangan bandar dan desa, beliau sebelum itu  berkhidmat di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia antara 1976-2006 di peringkat persekutuan (Ibu Pejabat JPBD), negeri (Negeri Sembilan, Johor dan Selangor) dan pihak berkuasa tempatan (DBKL). Beliau menjadi perunding perancang bandar semasa bertugas sebagai Pengarah Senior di Rekarancang Sdn. Bhd, Firma Perancangan dan Pembangunan.

Puay Liu Ong, Institut Kajian Etnik (KITA), UKM; Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM

Ong Puay Liu, Ph.D., merupakan seorang Felo Utama di Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, dan Felo Bersekutu di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM. Beliau telah berkhidmat di UKM sejak tahun 1985, bermula dengan Fakulti Sains Pembangunan, kemudian di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan seterusnya di KITA-UKM. Bidang kepakaran beliau adalah Antropologi Pembangunan, dan terlibat dalam penyelidikan berkaitan dengan komuniti pembangunan, pendidikan untuk keterangkuman sosial, kajian etnik serta warisan budaya dan pemuliharaan. Ahli dalam Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian antara Penganut Agama, satu lantikan Kabinet sejak tahun 2016. Untuk kerja amal, beliau adalah mantan Pengetua di Kajang Sunday Dhamma School (KSDS), BMSM Kajang, dan  bertugas sebagai guru sukarela di KSDS sejak tahun 2005.

Rahimah Abdul Aziz, Pusat Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM; Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM

Rahimah Abdul Aziz, Ph.D., ialah seorang pensyarah dalam Program Antropologi dan Sosiologi, di Pusat Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan beliau kini tertumpu kepada isu berkaitan perubahan sosial dan pembangunan, pemuliharaan warisan dan jenayah rasuah.

Geraldin K.L. Chan, Pusat Sosial, Pembangunan dan Kelestarian Alam Sekitar, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM; Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM

Geraldine K.L. Chan, Ph.D., merupakan seorang Profesor Madya dalam Program Antropologi dan Sosiologi, di Pusat Sosial, Pembangunan dan Kelestarian Alam Sekitar, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda beliau dalam Antropologi dan Sosiologi dari UKM dan kedua-dua ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah beliau dalam Sosiologi dari London School of Economics and Political Science, University of London, United Kingdom. Penyelidikan beliau berkaitan dengan sosiologi organisasi (korporat, awam dan social), sosiologi keusahawanan, sosiologi governans dan pengurusan, wanita di organisasi korporat utama, masyarakat dan jaringakan social, dan kebelakangan ini, sosiologi digital dan budaya digital. Dalam kerjaya akademik beliau di UKM selama ini, beliau telah menjalankan pelbagai penyelidikan yang dibiayaai sama ada oleh UKM, agensi kerajaan dan kementerian. Beliau juga telah menerbitkan pelbagai karya dalam jurnal kebangsaan dan antarabangsa, bab dalam buku, buku, prosiding persidangan, kertas dasar dan laporan teknikal penyelidikan. 

Tanot Unjah, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM

Tanot Unjah, Ph.D., ialah Felo Penyelidik di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM. Bidang kepakaran beliau ialah Pemuliharaan Geologi yang meliputi pendekatan pemuliharaan sumber warisan geologi dan utilisasi lestari geologi dalam ekopelancongan, geopelancongan dan geopark. Beliau telah terlibat dengan pembangunan sumber warisan geologi di Malaysia semenjak 2000 dan bergiat aktif dalam pembangunan Langkawi UNESCO Global Geopark semenjak 2006 dan telah menjadi sekretariat Jawatankuasa Pelaksana geopark Kebangsaan semenjak 2013 dan sebagai ahli pada 2018. Selain daripada menjalankan penyelidikan dalam bidang kepakarannya beliau turut terlibat dalam penyelidikan berkaitan geobencana dan perubahan iklim dalam konteks perkhidmatan sekitaran melibatkan sumber geologi dan landskap. 

Downloads

Published

2019-07-31

Issue

Section

Book Reviews