Pendekatan Terhadap Bukan Muslim dalam Gerakan Dakwah di Malaysia: Perbincangan Hadith-Hadith Berkaitan (The Non-Muslim Approach to the Da’wah Movement in Malaysia: The Related Hadith Discussions )

Muhammad Arif Yahya, Muhammad Haikal Mohd Hedzir

Abstract


Pendekatan terhadap bukan Muslim dalam gerakan dakwah di Malaysia dilihat memiliki pendekatan yang berbeza khususnya berkaitan hubungan politik dengan bukan Muslim.Perkara ini membawa implikasi dalam pemilihan dan pemahaman terhadap hadis-hadis oleh gerakan dakwah yang membincangkan pendekatan terhadap bukan Muslim. Artikel ini membincangkan hadith-hadith berkaitan pendekatan terhadap bukan Muslim dalam Gerakan Dakwah di Malaysia. Gerakan dakwah yang menjadi fokus kajian dalam melihat hadith-hadith yang dikemukakan ini ialah dua badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).Hadith-hadith yang dikaji meliputi aspek pendalilan dan pemahaman berkaitan pendekatan terhadap Bukan Muslim di kalangan Gerakan Dakwah ini.Hasil kajian mendapati bahawa hadis-hadis yang digunapakai oleh kedua-dua gerakan dakwah ada yang menjadi persamaan dan perbezaan dalam pemahaman berkaitan pendekatan terhadap golongan bukan Muslim di Malaysia ini.Persamaan adalah berkaitan pemahaman terhadap isu al-Insaniah atau kebaikan berkaitan aspek kemanusiaan kepada bukan Muslim. Manakala isu perbezaan adalah aspek hubungan politik dengan bukan Muslim dimana ISMA melihat situasi politik di Malaysia dengan berpandangan tidak bersetuju pendekatan dalam kesepakatan politik (Tahaluf siyasi )bersama bukan Muslim disamping mendatangkan dalil yang menjurus kearah larangan tersebut. Manakala IKRAM lebih mengambil pendekatan membina hubungan politik bersama bukan Muslim dan lebih melihat kepada aspek tatakelola dan tadbir urusyang baik dalam pemerintahan disamping peluang menyampaikan dakwah dan suara Islam kepada bukan Muslim. Implikasi kajian ini memberikan pemahamanbahawa perbincangan hadis-hadis ini adalah bersifat ijitihadi oleh kedua-dua gerakan dakwah dan setiap pandangan memiliki justifikasi serta hujjah masing-masing dalam usaha menjaga kemaslahatan Islam di Malaysia dan kesinambungan dakwah di negara ini.

Kata Kunci: Hadis, Bukan Muslim, Gerakan Dakwah, IKRAM, ISMA.


Abstract


The approach to non-Muslims among the da’wah movement in Malaysia has brought different approaches especially in relation to political relations with non-Muslims. This matter has implications in the selection and understanding by the dakwah movement of the hadiths that deal with non-Muslim approaches. This article discusses the hadiths relating to non-Muslims approach to the Dakwah Movement in Malaysia. The da’wah movement which is the focus of the study in looking at these hadiths is the two NGOs in Malaysia namely the Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) and the Ikram Malaysia Organization (IKRAM). The studied Hadiths include the aspects of reconstruction and understanding of the approach to Non-Muslims among the Da’wah Movement. The findings show that the hadiths used by both da’wah movements have become similar and differentiated in the understanding of the approach towards non-Muslims in Malaysia. Equality is related to the understanding of the issue of al-Insaniah or the virtues of humanity towards nonMuslims. While the issue of difference is the aspect of political relations with non-Muslims where ISMA looks at the political situation in Malaysia with a view to disagree with the approaches in non-Muslim co-political (tahaluf siyasi) arrangements besides bringing the traditions that lead to the ban.While IKRAM is more concerned with building a non-Muslim political relationship and looking at good governance in government as well as the opportunity to convey dakwah and Islamic voices to non-Muslims.The implications of this study provide an understanding that the discussion of these hadiths is ijtihadi by both da’wah movements and each view has its own justification and argument in an effort to safeguard the welfare of Islam in Malaysia and the continuity of da’wah in this country.

Keywords : Hadis; Non Muslim; Da’wah Movement; IKRAM; ISMA


Full Text:

PDF

References


Abdullah Zaik Abd Rahman. 2017. Temubual berkaitan tajuk “Penggunaan Hadith Dalam Gerakan Dakwah Di Malaysia: Kajian Dalam IKRAM dan ISMA (Tema Interaksi Dengan Bukan Muslim).

Abdull Rahman Mahmood, Jaffary Awang, Zakaria Stapa. 2015. Survival Politik Muslim Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Astro Awani, “ISMA digesa berhenti Putar Belit Fakta Sejarah Kaum Cina-MCA”, 9 Mei 2014, www.astro awani.com/berita-malaysia/isma-digesa-berhentiputar-belit-fakta-sejarah-kaum-cina-mca-35484.

Azarudin A., Azman C. M., Wahairi M. 2018. Medium Komunikasi Intrapersonal dalam Dialog antara Agama Komuniti Saudara Baru, Jurnal Akademika 88 (3): 43-54.

Burhanuddin Lukman. 2017. Temubual berkaitan tajuk “Penggunaan Hadith Dalam Gerakan Dakwah Di Malaysia : Kajian Dalam IKRAM dan ISMA (Tema Interaksi Dengan Bukan Muslim).

Khadijah M. K., Azarudin A., Suraya S., Nur Farhana A. R., Wan Adli W. R., Khairul Nizam M. K. 2017. Muhajir Penjana Interaksi dan Toleransi Beragama Saudara Baru-Muslim – Non-Muslim. Jurnal Akademika 87 (2): 63-76.

Maszlee Malik. 2017. Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia And Good Governance (1991-2012), Jurnal Ulum Islamiyyah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), vol. 21 (Ogos), 1-14.

Maszlee Malik. 2016. Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance) : Gerakan Islam dan Rashid al-Ghannouchi, Jurnal Ulum Islamiyyah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), vol. 17 (Jun).

Maznah Daud. 2017. Temubual berkaitan tajuk “Penggunaan Hadith Dalam Gerakan Dakwah Di Malaysia: Kajian Dalam IKRAM dan ISMA (Tema Interaksi Dengan Bukan Muslim).

Mohd Anuar R., Mohammad Aizat J. 2011. Uruf majmuk: Konsep dan amalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Jurnal Fiqh 8: 45-64.

Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, Ahmad Dahlan Salleh, Mohammad Zaini Yahaya. 2020. Seruan Melestarikan Hubungan Sosio-agama Melalui Pendekatan Fiqh alTa’ayush, Jurnal Akademika 90(2): 149-164.

Mohammad Nidzam Abd Kadir. 2009. Fiqah Berinteraksi Dengan Non Muslim. Kuala Lumpur : Telaga Biru.

Muhammad Arif Y. 2015. al-Manhaj al-Haraki Dalam Penulisan Sayyid Muhammad Nuh Menurut Perspektif Hadith : Aplikasi Dalam Isu-Isu Semasa Gerakan Dakwah Di Malaysia, Tesis PhD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Muslim bin al-Hajjaj al-Naysaburi.T.t.Sahih Muslim, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi: t.t), 4: 2060.

Niteh, M. Y., Aminudin, B., Abdul Latif S. 2017. Haq alBina’ al-Ma’ abid Li Ghayr al-Muslimin fi Maliziya (The Right for Non-Muslim to Build Worship Centeres in Malaysia). Jurnal Hadhari 9 (2): 239-259.

Norsaleha Mohd Salleh. 2017. Temubual berkaitan tajuk “Penggunaan Hadith Dalam Gerakan Dakwah di Malaysia: Kajian Dalam IKRAM dan ISMA (Tema Interaksi Dengan Bukan Muslim).

Nur Farhana A. R., Khadijah M. K, Jaffary Awang, Zul ‘Azmi Y., Nur Solehah Shapiee. 2020. Memahami agama lain asas toleransi beragama : Tujuan dan syarat dari perspektif pemimpin agama di Malaysia. Jurnal Akademika 90(2): 165-179.

Parid Sheikh Ahmad. 2017. Temubual berkaitan tajuk “Penggunaan Hadith Dalam Gerakan Dakwah Di Malaysia: Kajian Dalam IKRAM dan ISMA (Tema Interaksi Dengan Bukan Muslim).

Qaradawi, Y. 1990. Kayfa Nata‘amal Ma‘a al-Sunnah al-Nabawiyyah, Virginia; al-Ma‘ahad al-‘Alami li al-Fikr al-Islami ,61.

Qaradawi, Y. 1994. Bagaimana Berinteraksi Dengan alSunnah, terj.Udah Mohsin dan Jawiah Dakir, Petaling Jaya; Angkatan Belia Islam Malaysia.

Ruhaizah Abdul Ghani, Jaffary Awang. 2020. Tasamuh Versus Tolerance as Practical Approach to Encounter the Conflicting Issue. Jurnal Akademika 90 (1):15-23.

Wan Zulkifli W. H., Nabilah A., Jamsari A., Azizi U., Nazri M.. 2016. Maqasid Syariah Dalam Pembinaan Fatwa Berkaitan Amalan Rentas Agama dan Rentas Budaya di Malaysia.Jurnal al-Hikmah 8 (2): 128-147. www.ahlalhdeeth.com/vb/archive/index.php/t-133826.html.

Zaid Kamaruddin. 2017. Temubual berkaitan tajuk “Penggunaan Hadith Dalam Gerakan Dakwah Di Malaysia: Kajian Dalam IKRAM dan ISMA (Tema Interaksi Dengan Bukan Muslim)


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694