Kedinamikan Bahasa Melayu di Ambang Perkembangan Media dalam Talian dari Perspektif Perubahan Makna
Abstract
Bahasa masyarakat dunia kini sedang mengalami perubahan drastik hasil kemajuan komunikasi berasaskan pengkomputeran. Jenis medium komunikasi era baharu bersifat global yang sedia ada adalah seperti facebook, instagram, twitter, blogspot dan sebagainya. Media-media sosial ini dilihat menjadi platform utama komunikasi masyarakat dalam berinteraksi, menyampaikan mesej, sentimen dan sebagainya. Kajian ini berfokus pada analisis peluasan makna kata yang terjadi di laman Facebook. Penggunaan bahasa di platform ini menunjukkan gejala yang melencong daripada amalan kebiasaan. Dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan, sebanyak tiga contoh kata, iaitu kafir, kunyit dan kencing telah dipilih. Analisis dengan menggunakan kerangka teori Tangan Ghaib oleh Keller (1994) menunjukkan bahawa kemunculan sesuatu makna baru berkaitan dengan motif seseorang pengguna media sosial. Motif tersebut didorong oleh pelbagai faktor misalnya emosi, sindiran, ejekan dan sebagainya. Kata-kata yang mendukung makna baru ini didapati berkembang di komuniti maya dan menjadi lebih tular lagi jika berlaku perkongsian-perkongsian maklumat. Sesungguhnya, pada tahap ini, kita cuma mengetahui kata tersebut sedang ditularkan, tetapi banyak aspek lain tidak diketahui, iaitu seolah-olah terdapat tangan ghaib yang menjadikan makna baharu kata ini diterima, diakui sejagat dan ”rasmi” dalam kalangan pengguna media sosial. Hasil kajian ini juga mengesani bahawa peluasan makna yang berlaku secara drastik di media sosial juga adalah suatu gejala revolusi bahasa.
Full Text:
PDFReferences
Charles, H. 2017. Language: The most disruptive technology. https://www.hoover.org/research/language-most-disruptive-technology Retrieved on: 26 March 2018.
Creswell, J. W. 2013. Qualitative inquiry & research design choosing among five approaches. Los Angeles: SAGE Publication Inc.
David, C. 2001. The language revolution: From reluctance to renaissance https://www.davidcrystal.com/?field=-4131 (accessed 26 March 2018).
Faradillah Iqmar Omar & Iza Sharina Sallehuddin. 2011. Media Sosial: Kajian tentang penglibatan dan kepuasan dalam kalangan mahasiswa. Kertas kerja dalam Proceeding of the International Conference on Media And Communication (MENTION2011) 11– 12 October.
Junaini Kasdan, Harsita Aini Haroon, Nor Suhaila Che Pa & Zuhairah Idrus. 2017. Gandaan separa dalam terminologi Melayu: Analisis Sosioterminologi. GEMA Online® Journal of Language Studies, 17(1), 183-202.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keller, R. 1994. On language change: The Invisible Hand in language. London and New York: Routledge.
Khusnul Hanafi & Mohd. Helmi Abd. Rahim. 2017. Penggunaan media sosial dan faktor-faktor yang mempengaruhi terbentuknya Gerakan Sosial oleh pemimpin pelajar universiti di Bandar Pekan Baru, Riau, Indonesia. Jurnal e-Bangi, 12(2), 87-101.
Noresah Baharom et. al. 2009. Kamus dan perkamusan Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Normah Mustaffa, Wan Amizah Wan Mahmud, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob & Mohd. Helmi Abd. Rahim. 2013. Kebergantungan internet dan aktiviti Online remaja di Lembah Kelang. Jurnal Komunikasi. 29(1): 199-212.
Siti Ezaleila Mustafa. 2016. Penggunaan laman sosial dan impaknya terhadap hubungan persahabatan dalam talian. Jurnal Komunikasi 32(2): 65-81.
Tom, C. 2013. OMG–it’s the textual revolution for language. https://www.newscientist.com/article/dn25742-omg-its-the-textual-revolution-for-language/ Retrieved on: 19 March 2018.
Wan Robiah Hj. Meor Osman. 2020. Pengaruh media sosial terhadap perluasan dan inovasi makna kata Melayu. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia
Wan Robiah Hj. Meor Osman & Chong Shin. 2019. Fenomena Evolusi dan Revolusi Makna Perkataan Melayu: Tinjauan Awal. Asian Journal of Environment, History and Heritage 3(2): 195-210
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694