Universiti Kebangsaan di dalam perjuangan Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung: tinjauan dari tahun 1946-1958
Abstract
Idea tentang pembentukan sebuah universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mulai timbul dalam tahun-tahun 1920an. Namun demikian, sebelum Perang Dunia Kedua, tiada sesuatu yang konkrit dicapai terutamanya kerana sikap tiada hirau pihak Inggeris. Dalam tahun 1945, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) telah ditubuhkan. Organisasi inilah yang menjadi penggerak utama dalam keinginan menubuhkan sebuah universiti yang berbahasa Melayu. Dalam tahun-tahun 1940an dan 50an, KPGMS bergiat menentang segala halangan terhadap usaha meninggikan taraf sekolah-sekolah Melayu sehingga mencapai taraf yang sama seperti sekolah Inggeris, dan menyediakan asas bagi pendidikan peringkat tertinggi dalam bahasa Melayu. Bagi kali pertamanya, pada tahun 1958, pendidikan menengah telah diadakan di sekolah-sekolah Melayu. Ini menandakan kejayaan KPGMS dalam mendorongkan kerajaan supaya meninggikan taraf pendidikan Melayu dan seterusnya merintis jalan ke arah terbentuknya universiti berbahasa pengantar Melayu.Downloads
Issue
Section
Articles
License
It is the author's responsibility to ensure that his or her submitted work does not infringe any existing copyright. Furthermore, the author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of a manuscript. This journal does not allow the author(s) to hold the copyright without restrictions or retain publishing rights without restrictions.