Penggunaan Buah-Buahan dan Daun-Daunan sebagai Bahan Pencuci Alamiah dalam Perubatan Tradisional Melayu

Mohd Zul Amirul Izwan Mat Deraseh, Muammar Ghaddafi Hanafiah, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Mohamed Qusairy Taha

Abstract


Masyarakat Melayu tradisional menggunakan buah-buahan dan daun-daunan sebagai makanan dan pengubatan. Dalam perspektif pengubatan, bahan-bahan alamiah ini digunakan sebagai terapi, detoks dan pemulihan tubuh pesakit dari dua kategori penyakit iaitu penyakit fizikal dan spiritual. Namun generasi hari ini kurang mengetahui mengenai fungsi bahan-bahan alamiah ini khasnya dari perspektif pengubatan tradisional Melayu. Oleh itu kajian dilakukan dengan tujuan menjelaskan fungsi dan kegunaan buah-buahan dan daun-daunan tempatan dalam dunia pengubatan tradisional Melayu. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif menggunakan kaedah perpustakaan dan kajian lapangan. Data perpustakaan membentuk latar belakang kajian dari kajian-kajian lepas berkaitan. Data kajian lapangan diperoleh melalui kaedah temu bual berfokus, pemerhatian dan penglibatan kendiri sebagai perawat. Data kajian ditransliterasi, disaring dan dinterprestasi sesuai teknik bacaan rapi dan analisis kandungan. Konsep perubatan Melayu berasaskan penggunaan herba diaplikasi sepenuhnya dalam analisis di samping tiga elemen pengubatan Melayu yang lain seperti urut, bekam dan jampi jika berkenaan. Hasil kajian menjelaskan dari dua kategori bahan pencuci alamiah; daun-daunan dan buah-buahan tempatan boleh dibahagikan kepada dua fungsi utama iaitu fungsi utama membersihkan dari penyakit fizikal (lahiriah) seperti kayap, gatal-gatal , lapar garam dan busung dan fungsi kedua pula membersihkan dari kotoran spiritual (batiniah) seperti kerasukan oleh pengaruh jin atau sihir. Kaedah penggunaan bahan-bahan ini adalah berdasarkan penyakit yang dialami seperti digunakan dengan cara dibuat makan, minum, mandi dan juga disapu pada tempat yang sakit.

 

 

Kata kunci: Buah;Bersih; Daun; Melayu; Perubatan tradisi


Full Text:

PDF

References


Abdullah, Y., 2015. Amalan Perubatan Dan Penjagaan Kesihatan Dalam Masyarakat: Ke Arah Integrasi Antara Perubatan Islam Dan Perubatan Moden. Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam. Akdemi Pengajian Islam : Universiti Malaya.

Aishah@Eshah Haji Mohamed & Abd. Aziz Haji. Bidin, 2011. Wanita Melayu dan Tumbuhan Ubatan : Satu Analisis Budaya, Jurnal Melayu (7) : 121-146.

Aishah@Eshah Haji Mohamed, Abd Aziz Haji Bidin, 2012. Tumbuhan dalam upacara perbomohan : Kes Main Teri di Kelantan, Malaysia Journal of Society and Space 8(4):56-63.

Ellya, R. , 2014. Ramuan Herbal Non Instan Dalam Naskah Kitab Tib Sebagai Alternatif Pengobatan Sosial Budaya: Media Komunikasi IlmuIlmu Sosial d Budaya 11(1): 1–18.

Faisal @ Ahmad Faisal , A. H., & Helwana , M., 2007. Manuskrip Perubatan Melayu-Islam di Fatani: Ulasan Terhadap Manuskrip Kitab Tayyib al-Ihsan fi Tibb al-Insan Karya Syeikh Ahmad al-Fatani. Jurnal al-Tamaddun 3 : 110-127.

Fatimah, A. A. S., & Yusmaliza, Y. (2019). Khasiat Herba dalam Kitab Tib Melayu Herbal Remedies in the

Malay Tib. Akademika, 89, 151–162.

Jabatan Pertanian Semanjung Malaysia, 1999. Pakej Teknologi Durian Belanda.

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan.durian%20belanda.htm

Mohd.Koharuddin b. Mohd. Balwi, 2003. Sains Perubatan Naturalistik Melayu: Satu Kajian Awal, Jurnal Kemanusiaan 1(2) : 34-41.

Muhd Norizam Jamian, Izzah Safiah Raihana Mohd Ghazali, 2021. Penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional, Malaysia Journal of Society dan Space 17(2): 327-339.

Nornizam , N., 2018. Falsafah Dan Prinsip Asas Perubatan Melayu. Pulau Pinang: Baytul Hikma.

Putri ZF. 2010. Uji aktivitas antibakteri ekstrak etanol daun sirih (Piper betle L.) terhadap Propionibacterium acne dan Staphylococcus aureus multiresisten [skripsi]. Surakarta: Universitas Muhammadiyah Surakarta.

Siti Fuziah Yusof. 2013. Ensiklopedia Tumbuhan Ubatan Malaysia. Penerbit Ar-Risalah Product Sdn.Bhd.

Siti Fatimah Abd Aziz & Yusmilayati Yunos, 2019. Khasiat Herba dalam Kitab Tib Melayu, Akademika 89 (Isu Khas) : 151-162.

Syahida Maarof. 2019. Kapasiti Antioksida dalam Buah Tempatan Terpilih. Buletin Teknologi MARDI 15 : 89-96.

Wan Husni Wan Abdullah, Mohammad Naqib Hamdan, Aminudin Hehsan, Zulkiflee Haron, Arieff Salleh Rosman, Mohd Nasir Ripin., 2019. Terapi Mandi Bunga Dalam Perubatan Melayu Untuk Penjagaan Kesihatan Mental, International Journal of Islamic and Civilization Studies 6(2-2): 123-135.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694