Etika Berpakaian Melayu dalam Novel Manikam Kalbu Karya Faisal Tehrani
Abstract
ABSTRAKPenulisan ini membincangkan etika berpakaian dalam kalangan masyarakat Melayu yang terdapat dalam novel Manikam Kalbu. Novel ini merupakan hasil karya Faisal Tehrani atau dikenali sebagai Mohd Faizal Musa dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini mengandungi dua versi penceritaan yang disampaikan oleh dua watak utama yang berbeza. Penceritaan ini terdiri daripada versi moden dan klasik yang sarat dengan mesej mengenai busana Melayu tradisional. Walaupun mesej yang disampaikan nampak bersahaja akan tetapi ia mempunyai makna yang begitu mendalam apabila difahami dengan lebih jelas. Faisal Tehrani telah melakukan membacaan dan kajian yang begitu mendalam sewaktu menghasilkan karya ini bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat serta mampu memberikan pendedahan ilmu baharu kepada khalayak pembaca terutama generasi muda. Penulisan ini dilakukan untuk memberi pendedahan kepada anak-anak muda Melayu supaya mematuhi etika pemakaian yang sepatutnya kerana masih terdapat segelintir masyarakat khususnya anak-anak muda Melayu tidak mematuhi etika pemakaian yang betul. Objektif penulisan untuk mengenalpasti latar belakang novel Manikam Kalbu dan menghuraikan etika pemakaian masyarakat Melayu tradisional dalam novel Manikam Kalbu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Analisis kandungan teks dilakukan dengan kaedah pembacaan yang rapi bagi melihat etika pemakaian masyarakat Melayu. Penulisan ini menggunakan konsep etika pemakaian Melayu yang diperjelaskan oleh Tenas Effendy (2004) sebagai analisis penulisan. Dapatan penulisan ini menunjukkan terdapatnya lima jenis etika pemakaian yang harus dipatuhi. Etika pemakaian ini terdiri daripada pantang membuka aurat, pantang kainnya nipis, pantang ia berpotongan yang ketat, pantang ia mengada-ada dan dilarang memandai-mandai. Oleh itu, penulisan ini diharapkan dapat memberi penjelasan mengenai busana Melayu khususnya mengenai etika pemakaian Melayu yang betul. Kata kunci: Etika berpakaian; Manikam Kalbu; masyarakat Melayu; pantang kainnya nipis pantang membuka auratReferences
Abbas Alias & Norwani Md. Nawawi. 2006. Pakaian Melayu Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asliza Aris, Norwani Md. Nawawi & Saemah Yusof. 2015. Refleksi Islam Dalam Pakaian Tradisional Melayu: Baju Kurung. ICOMHAC2015 eproceedings, hlm. 306-317.
Faisal Tehrani. 2015. Manikam Kalbu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Iqbal Hakim. 2020. Data Sekunder: Pengertian, Ciri-Ciri dan Contohnya. https://insanpelajar.com/data-sekunder/ [27 Oktober 2021].
Ismail Sualman. 2019. Baju Raya Hipster Cemar Budaya. Sinar Harian. 2 Jun. https://www.sinarharian.com.my/article/31078/KOLUMNIS/Baju-raya-hipster-cemar-budaya [16 Julai 2022].
M. Hamidi & Yunelly Asra. 2019. Busana Baju Kurung Melayu Kekinian Mendukung Ekonomi dan Industri Kreatif. Seminar Nasional Industri dan Teknologi, hlm. 309-315.
Mohd. Said Sulaiman. 2008. Pakai Patut Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noriati A. Rashid. 2010.
Othman. 2011. Pakaian-Pakaian Melayu Tradisional. Dewan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia.
Othman Mohd Yatim, Zainal Abidin Borhan, Mohammad Nazzri Ahmad & Mohamad Anis Abdul Samad. 2006. Estetika dan Keindahan Songket Melayu. Jurnal Pengajian Melayu 17 (1): 13.
Rabiah Z. Harahap. 2015. Etika Islam Dalam Mengelola Lingkungan Hidup. Jurnal EduTech 1(1): 3-4.
Rusydi Ramli Al-Jauhari & Haliza Hj. Aris. 2011. Aurat Mahkota Wanita. Batu Caves: Must Read Sdn. Bhd.
Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. 2004. Aurat: Kod Pakaian Islam. Cheras: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Siti Zainon Ismail. 1997. Busana Melayu Johor. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Siti Zainon Ismail. 2009. Pakaian Cara Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Zanariah Husain & Muhammad Adib Samsudin1. 2021. Konsep Fesyen Menurut Syarak dan Kaitan dengan Tabarruj: Satu Tinjauan Literatur Concept of Fashion According to Islamic Law and Its Relation with Tabarruj: A Literature Review. Malaysia Journal of Contemporary Islamic Law, 6(2): 114-126.
Tenas Effendy. 2004. Etika Berpakaian Melayu. Melaka: Institut Seni Malaysia Melaka.
Nurul Najihah Mohamad Shokri & Norhoneydayatie Abdul Manap. 2023. Etika Berpakaian dalam Iklan Menurut Perspektif Islam. Journal of Contemporary Islamic Law, 8(1): 29-35.
Downloads
Additional Files
Published
Issue
Section
License
It is the author's responsibility to ensure that his or her submitted work does not infringe any existing copyright. Furthermore, the author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of a manuscript. This journal does not allow the author(s) to hold the copyright without restrictions or retain publishing rights without restrictions.