Perbezaan sosio-ekonomi dan konflik: satu kajian kes.
Abstract
Kertas ini cuba menganalisa kegiatan ekonomi dan politik orang-orang Melayu, Cina dan India di Mukim Labu. Kertas ini juga membuncangkan peluang-peluang perhubungan yang terdapat di antara kumpulan etnik, jenis-jenis perhubungan dan konflik di antara kumpulan-kumpulan tersebut. Kewujudan pengkhususan ekonomi dan pengasingan tempat tinggal di kalangan kumpulan-kumpulan etnik ini bukan saja telah mengurangkan peluang-peluang perhubungan di antara kumpulan etnik tetapi juga memperkuatkan prasangka etnik, stereotaip dan etnosentrisme di kalangan anggota-anggota kumpulan etnik. Selain dari itu, partai-partai politik yang ada di kawasan ini adalah berasaskan kumpulan etnik. Partai-partai ini telah menggunakan faktor etnik sebagai alat untuk mencapai tujuan politik mereka. Akibatnya, konflik kepentingan dan nilai yang wujud di kalangan individu dari berbagai kumpulan etnik itu telah diinterpretasikan dengan mudah sebagai konflik etnik.Downloads
Issue
Section
Articles
License
It is the author's responsibility to ensure that his or her submitted work does not infringe any existing copyright. Furthermore, the author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of a manuscript. This journal does not allow the author(s) to hold the copyright without restrictions or retain publishing rights without restrictions.