Psikoanalisis kelompok: satu penilaian teoritis dan metodologi ke Atas teori dinamik kelompok Wilfred Bion
Abstract
Kertas ini cuba merumus dan menilai pendekatan Wilfred Bion mengenai perkembangan kelompok. Ia menekankan bahawa teori Bion merupakan usaha paling awal berjaya untuk meluaskan teori psikoanalis mengenai perkembangan individu menjadi satu teori perkembangan kelompok. Tetapi kelemahan metodologinya membataskan kebolehan mengeneralisasikannya. Bion juga mengabaikan peringkat-peringkat perkembangan saling-hubungan, satu isu penting dalam dinamika kelompok. Kertas ini menyimpulkan model Bion kekal sebagai alat yang paling baik untuk mengkaji pemikiran tidak sedar kelompok dan kerana itu boleh menjadi satu metode praktis untuk terapi berkumpulan. Beberapa implikasi teori ini dalam konteks masyarakat Malaysia juga dibincangkan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694