Usahawan Cina dalam sektor kecil dan sederhana di Semenanjung Malaysia: modenisasi dalam perniagaan keluarga Cina
Abstract
Artikel ini membincangkan interaksi antara budaya dengan keusahawanan di kalangan etnik Cina di Malaysia. Analisis makro-sejarah menunjukkan usahawan Cina bersikap rasional dan pragmatis dalam zaman kolonial, zaman kemerdekaan, zaman Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan zaman pasca DEB di Malaysia. Kajian di peringkat mikro-aktor melalui temu bual dengan 21 orang usahawan Cina pula mendapati nilai-nilai Konfusianisme seperti filial piety atau kesetiaan, kehematan, kerajinan dan kesungguhan telah menyumbang kepada kejayaan usahawan Cina pada peringkat mengasaskan perniagaan mereka. Namun, untuk mengembangkan syarikat mereka usahawan Cina telah bertindak secara rasional dan pragmatis memodenkan perniagaan keluarga dengan menolak cara perniagaan lama, memanfaatkan sistem pengurusan Barat dan Jepun untuk melakukan inovasi dan meningkatkan daya saing. Semua ini menandakan satu perubahan daripada perniagaan keluarga kepada perniagaan melampui lingkungan keluarga dan juga melampaui batasan etnik Cina sendiri.Downloads
Issue
Section
Articles
License
It is the author's responsibility to ensure that his or her submitted work does not infringe any existing copyright. Furthermore, the author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of a manuscript. This journal does not allow the author(s) to hold the copyright without restrictions or retain publishing rights without restrictions.