Keberanian Masyarakat Melayu dalam Cerpen Remaja Pasca 13 Mei: Perbandingan Nazel Hashim dan Ismail Sarbini

Authors

  • ZUL FADLI MOHD KAMAL Pusat Kajian Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan, Malaysia
  • Muammar Ghaddafi Hanafiah Pusat Kajian Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Abstract

Sewaktu tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang merosakkan perpaduan rakyat, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Rukun Negara untuk memulihkannya. Bagi memastikan setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan muda (remaja) memahami prinsip ini, pelbagai kaedah pembelajaran telah dilaksanakan. Antaranya adalah melalui penulisan karya kreatif seperti cerpen. Pada masa itu, para penulis telah berusaha keras menyediakan pelbagai bahan bacaan untuk dihayati oleh remaja, termasuk dua penulis iaitu Nazel Hashim dan Ismail Sarbini. Nazel Hashim dan Ismail Sarbini merupakan antara penulis cerpen remaja yang paling kerap mengangkat nilai keberanian dalam tema kemasyarakatan. Tema kemasyarakatan dianggap mampu membawa nilai-nilai murni tentang orang Melayu, khususnya nilai keberanian dalam mengangkat martabat diri dan bangsa. Oleh itu,  Kajian ini bertujuan mengkaji nilai keberanian menerusi tema kemasyarakatan dalam cerpen mereka serta pendekatan kepengarangan masing-masing. Kajian menggunakan analisis kualitatif terhadap empat cerpen terpilih sahaja dan mendapati kedua-dua penulis menekankan nilai keberanian dengan gaya penyampaian cerita yang berbeza. Hasil kajian menunjukan kedua-dua penulis menekankan  nilai keberanian, mereka mempunyai perbezaan ketara dalam pendekatan penyampaian nilai tersebut. Nazel Hashim memilih gaya penceritaan yang lebih terus dan dramatik, menampilkan watak-watak yang berada dalam situasi yang menggambarkan keberanian fizikal dan moral secara jelas. Sebaliknya, Ismail Sarbini lebih cenderung kepada pendekatan yang lebih halus dan introspektif, dengan penekanan pada perkembangan psikologi watak serta konflik dalaman yang dihadapi oleh mereka. Dalam konteks situasi semasa, implikasi kajian ini sangat relevan kerana ia boleh memberikan inspirasi kepada remaja pelbagai kaum dalam membina sahsiah diri berasaskan nilai keberanian dan perpaduan, terutama dalam dunia yang semakin kompleks dan mencabar.Kata Kunci: Dunia remaja, keberanian, pendidikan, kepengarangan, tema kemasyarakatan.

Author Biographies

ZUL FADLI MOHD KAMAL, Pusat Kajian Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Zul Fadli Mohd Kamal (aliibnukamal91@gmail.com), (011-31366806). Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu Program Kesusasteraan Melayu UKM, Sarjana Program Kesusasteraan Melayu UKM, dan calon Ph. D. Program Kesusasteraan Melayu UKM dalam bidang kajian Bentuk-Bentuk Kepengarangan Cerpen Remaja Nazel Hashim dan Ismail Sarbini Suatu Perbandingan. Dalam penerbitan, telah menerbitkan beberapa artikel untuk jurnal berindeks dan dalam proses penerbitan beberapa bab dalam buku.

Muammar Ghaddafi Hanafiah, Pusat Kajian Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Muammar Ghaddafi bin Hanafiah berkelulusan Ph.D. dalam Pemikiran dan Tamadun Melayu dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2015. Kepakaran beliau terletak dalam Pemikiran, Falsafah, Tamadun Melayu, dan Kebudayaan Melayu Islam. Kajian beliau tertumpu kepada kajian pemikiran, peradaban, dan kebudayaan Melayu Islam.

Downloads

Published

2024-10-31

Issue

Section

Special Section