Pilihan Bahasa dalam Domain Kekeluargaan Masyarakat Siam, Kedah Language Choice in The Family Domain of Siam Society, Kedah

Muhamad Khairul Najmi Amran, Wan Robiah Meor Osman, Nor Fazila Ab Hamid

Abstract


Masyarakat Siam merupakan golongan etnik minoriti yang terdapat di Kampung Bendang Raja, Pendang, Kedah. Masyarakat ini merupakan komuniti bahasa yang unik kerana mereka merupakan kaum bumiputera yang telah berhijrah sejak hubungan Sultan Kedah dengan Raja Bangkok sekitar tahun 1882-1942. Tambahan pula, dengan keadaan geografi negeri Kedah yang bersempadanan dengan Thailand mewujudkan penghijrahan komuniti ini ke daerah-daerah negeri Kedah.  Masyarakat ini dilihat telah berasimilasi dari segi bahasa dan budaya dengan penduduk tempatan, iaitu kaum Melayu sejak sekian lama. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan melihat pemilihan bahasa menerusi domain kekeluargaan (DKga) dalam komuniti ini. Kaedah dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 150 orang responden yang berusia antara 20 hingga 50 tahun secara rawak. Kajian ini memanfaatkan Kerangka Fishman (1972). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat variasi pilihan bahasa dalam DKga yang cenderung memilih campuran bahasa Siam (BS) dan dialek Kedah (DK) bagi hubungan dalam lingkungan pertama, kedua dan ketiga, iaitu adik-beradik, ibu bapa, datuk, nenek, saudara rapat dan saudara-mara berkahwin campur. Manakala, bagi lingkungan kedua untuk mentua, menantu dan lingkungan ketiga bagi ipar-duai, biras, besan serta saudara jauh menunjukkan kecenderungan memilih DK sebagai bahasa interaksi harian. Oleh hal yang demikian, hasil dapatan ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa pemilihan bahasa sangat berkait rapat dengan jarak dan status sosial sesuatu hubungan dalam DKga.

The Siamese community is an ethnic minority found in Kampung Bendang Raja, Pendang, Kedah. This community is a unique language community because they are bumiputera people who have migrated since the relationship between the Sultan of Kedah and the King of Bangkok around 1882-1942. Furthermore, with the geographical situation of the state of Kedah bordering Thailand, the migration of this community to the districts of the state of Kedah. This community is seen to have assimilated in terms of language and culture with the local population, namely the Malays for a long time. Accordingly, this study aims to look at language selection through the family domain in this community. The method in this study is a questionnaire that has been distributed to 150 respondents aged between 20 and 50 years old randomly. This study utilizes the Fishman Framework (1972). The results of the study show that there are variations in language choice in the family domain that tend to choose a mixture of Siamese and Kedah dialect for relationships in the first, second and third circles, namely siblings, parents, grandparents, close relatives and intermarried relatives. Meanwhile, for the second circle for parents-in-law, daughter-in-law and the third circle for brothers-in-law, brothers-in-law, cousins and distant relatives showed a tendency to choose the Kedah dialect as the language of daily interaction. Therefore, the results of this finding indirectly show that the choice of language is closely related to the distance and social status of a relationship in the family domain.


Full Text:

PDF

References


Berawati Renddan, Adi Yasran Abdul Aziz, Hasnah Mohamad & Sharil Nizam Sha'ri. 2020. Domain dan Bahasa Pilihan Tiga Generasi Etnik Bajau Sama Kota Belud. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i7.448 Diakses pada: 20 Januari 2024.

Chong Shin, Hendrikus Mangku & Collins, J. T. 2018. Pemilihan Bahasa Komuniti Penan Muslim di Sarawak. GEMA Online Journal of Language Studies, 18(4). http://doi.org/10.17576/gema-2018-1804-05 Diakses pada: 22 Januari 2024.

Dilah Tuah, Chong Shin, Remmy Gedat & Mohammed Azlan Mis. 2021. Pilihan Bahasa dalam Kalangan Etnik Minoriti Kedayan di Bekenu, Sarawak: Satu Penelitian Awal. GEMA Online Journal of Language Studies, 21(2). http://doi.org/10.17576/gema-2021-2102-09 Diakses pada: 24 Januari 2024.

Fishman, J. A. 1972. The sociology of language. Rowley, MA: Newbury House.

Fishman, J. A. 1991. Reversing Language Shift: Theoretical and Empirical Foundations of Assistance to Threatened Languages. Clevedon: Multilingual Matters.

Hayati Lateh, Nor Hashimah Jalaluddin & Mohammad Fadzeli Jaafar. 2020. Pengekalan dan Peralihan Dialek Melayu Satun: Korelasi Antara Penggunaan Bahasa dengan Faktor Umur Penutur. Jurnal Linguistik, 24(2): 47-58.

Holmes, J. 2008. An Introduction to Sociolinguistics. 3rd edition. London: Pearson Education Limited.

Hussin, N. J., & Suhaimi, M. S. 2023. Pemilihan dan Penguasaan Bahasa dalam Kalangan Anak Pasangan Kahwin Campur Orang Asli Jakun: Language Selection and Proficiency of Mixed Marriages Children of Orang Asli Jakun. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 13(1). https://doi.org/10.15282/ijleal.v13i1.8424 Diakses pada: 26 Januari 2024.

Khairul Ashraaf Saari & Harishon Radzi. 2023. Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Peserta Latihan dan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas Berdasarkan Tiga Domain. Jurnal Linguistik, 27 (1), 129-139.

Khuarul Nisaq Abdul Majid & Clarence Ngui Yew Kit. 2018. Perubahan Sosial Masyarakat Siam di Pendang, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1), 1-15.

Mahmud Fasya & Dini Gilang Sari. 2021. Sociocultural Factors that Determine Language Choice in A Multilingual Society. Sociolinguistic Study at Tanjungsari Market, Sumedang Regency. Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 595, 412-418.

Mohammed Azlan Mis. 2010. Lingua franca di Sarawak: Aplikasi teori pilihan bahasa. GEMA Online ® Journal of Language Studies Volume, 10(2). https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/111/102 Diakses pada: 26 Januari 2024.

Mohammed Azlan Mis. 2012. Analisis Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Pasangan Kahwin Campur di Negeri Sarawak. Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (MANU), Bil. 18, 65–87.

Mohd. Arifin Mohd. Arif, Norazlina Mohd Kiram & Noor Aina Dani. 2020. Aplikasi Teori Analisis Domain dalam Domain Bahasa Etnik Melayu Brunei di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(7). https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i7.442 Diakses pada: 26 Januari 2024.

Noraisikin Ghazali, Mohammad Fadzeli Jaafar & Harishon Radzi. 2020. Peralihan Bahasa dalam Kalangan Dua Generasi Cham Malaysia. Akademika, 90 (2). https://doi.org/10.17576/akad-2020-9002-07 Diakses pada: 26 Januari 2024.

Nurul Atikah Binti Marshid & Sa’adiah Ma’alip. 2018. Pemilihan Bahasa dalam Masyarakat Multilingual: Minoriti Siam Peranakan di Alor Setar, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1-14.

Rahilah Omar, Nasrun Alias & Teo Kok Seong. 2016. Pemilihan Bahasa Masyarakat Chetti di Melaka. Jurnal Melayu, 15(2), 210-222.

Sa’adiah Ma’alip. 2015. Pemilihan Bahasa dalam Komunikasi di Laman Sosial. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, 31(2), 231-246.

Sa’adiah Ma’alip. 2019. Tahap keterancaman bahasa masyarakat Kreol di Melaka. Akademika, 89(1), Special Issue. https://doi.org/10.17576/akad-2019-89SI-10 Diakses pada: 28 Januari 2024.

Siti Aisah binti Zailani, Riduan Makhtar & Mohd Sharifudin bin Yusop. 2019. Pemilihan Bahasa Dalam Masyarakat Semai Di Hulu Selangor. Journal of Social Sciences and Humanities, 16 (9), 115-132.

Siti Fairuz Mohd Yusof & Nor Hayati Sa’at. 2019. Antara tradisi dan pembangunan dalam konteks perubahan sosiobudaya komuniti muara. Akademika, 89(3). https://doi.org/10.17576/akad-2019-8903-03 Diakses pada: 28 Januari 2024.

Siti Noraini Hamzah & Nor Hashimah Jalaluddin. 2018. Kepelbagaian Varian Leksikal Dialek di Perak: Pendekatan Geographical Information System. Akademika 88(1). https://doi.org/10.17576/akad-2018-8801-10 Diakses pada: 28 Januari 2024.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694