KEPUASAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN PELAJAR REMAJA TAHFIZ DI SELANGOR
Abstract
Elemen kebersamaan dalam hubungan kekeluargaan merupakan salah satu aspek psikologi yang penting dalam menilai tahap kepuasan hubungan seseorang terhadap keluarganya. Keadaan ini lebih kritikal bagi pelajar remaja tahfiz yang tinggal berjauhan dengan keluarga. Maka, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara kepuasan hubungan kekeluargaan dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar tahfiz di Selangor. Kajian ini telah menggunakan kaedah pensampelan kluster. Seramai 261 remaja dari lima buah sekolah tahfiz di Selangor telah terpilih dan secara sukarela mengambil bahagian dalam kajian ini. Soal selidik kajian yang diedarkan mengandungi tiga bahagian utama yang mengandungi soalan-soalan berkaitan latar belakang responden, kepuasan hubungan dalam kekeluargaan dan kesejahteraan psikologi. Skala Kepuasan Hubungan Kekeluargaan (FSS) digunakan untuk mengukur kepuasan hubungan kekeluargaan. Manakala Skala Kesejahteraan Psikologi (PWB) digunakan untuk mengukur Kesejahteraan Psikologi. Semua data yang diperoleh dalam kajian ini dianalisis menggunakan IBM Statistical Package for Social Science versi 26. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan secara positif antara kepuasan hubungan kekeluargaan dan kesejahteraan psikologi (r=.472**, k<0.01). Seterusnya, hasil kajian mendapati bahawa terdapat pengaruh kepuasan hubungan kekeluargaan terhadap kesejahteraan psikologi (R2=.223, ß=0.472) di mana kepuasan hubungan kekeluargaan menyumbang sebanyak 22.3% terhadap kesejahteraan psikologi pelajar tahfiz. Hasil kajian ini dapat memperkayakan kefahaman tentang perkembangan psikologi remaja pelajar tahfiz remaja. Selain itu, kajian ini dapat juga membantu profesion menolong seperti ahli terapi, kaunselor dan ahli kerja sosial yang membantu klien daripada golongan kumpulan ini. Kajian ini juga dapat digunapakai oleh pihak sekolah dan ibu bapa dalam memperkasakan pelajar tahfiz remaja dan institusi kekeluargaan secara keseluruhannya.
Full Text:
PDFReferences
Abd Rahman, S., Ishak, I., Abd Warif, N.M., Ibrahim, F.W., Che Din, N., Harun, D., Ghazali, A.R. & Mohamed, S. (2019). Hubungan antara Hafazan al-Quran dan Kualiti Hidup Pelajar Tahfiz di Selangor, Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 17(SI): 1–11.
Abdul Adib Asnawi, A.S. (2016). Hubungan Antara Jangkaan Ibu Bapa. Seminar Psikologi Kebangsaan-III (May).
Abdullah, N. M. S. A. N., Sabbri, F. S. M., & Isa, R. A. A. M. (2021). Tahfiz students’ experiences in memorizing the Qur’an: Unveiling their motivating factors and challenges. IIUM Journal of Educational Studies, 9(2), 42-63.
Adzim, A. F., Ahmad Badayai, A. R., & Abu Zahrin, S. N. (2024). Phenomenological study on the psychological well-being of tahfiz students. ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education, 16(2).
Alnajashi, S. A., Al Qasem, M. A. A., Al-Mishaal, K. A. A., & Aluthman, W. A. E. (2025). The Impact of Attending Qur’an Memorization Programs on Psychological Wellbeing: A Study on Adult Females. Islamic Guidance and Counseling Journal, 8(2).
Anas, N., Ramlan, A. N. M., Ghazi, M., & Mutalib, F. A. (2022). Tahfiz-based Model on Akhlaq of Adolescents (TMAA): Views from Selected Tahfiz Associations in Malaysia. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 11(3), 798-806.
Asmawati, D., Fatimah, Y., Zainah, A.Z., Nor Bai’yah, A.K. & Mohd Norahim, M.S. 2015. Kemahiran Keibubapaan, Kefungsian Keluarga Dan Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Ibubapa. Jurnal Psikologi Malaysia. 29(2): 32–42.
Bangsawan, A., Rashed, Z. N., & Salleh, M. H. (2022). Faktor-Faktor Kecemerlangan Hafazan Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Tahfiz di Sabah: Factors of Excellence in Memorizing The Holy Al-Qur'an among Tahfiz Students in Sabah. Jurnal Pengajian Islam, 31-43.
Brisson, R., Adayeva, A., & Abdrakhmanova, S. (2025). Gender differences in adolescents' life satisfaction: A replication study in Kazakhstan. Journal of Adolescence, 97(1), 301-309.
Fakhruddin, F.M., Mohd Ayub, A.F., Che Hassan, N., Wan Jaafar, W.M., & Abdul Mutalib, L. (2023). Komitmen belajar dalam kalangan murid tahfiz: Satu kajian kualitatif. Akademika Journal Of Southeast Asia Social Science and Humanities. 93(3), 3-11.
Fuligni, A. J., Trimble, A., & Smola, X. A. (2025). The significance of feeling needed and useful to family and friends for psychological well‐being during adolescence. Journal of Adolescence, 97(1), 292-300.
Haroon, A.K. (2022). Daya Tahan Diri Pelajar Tahfiz: Di JHEAIPP. Journal Contemporary of Islamic Counselling Perspective, 1(1): 1–12.
Kamaruddin, K., & Sa’ad, F. (2015). The influence of family satisfaction and school satisfaction toward psychological well-being of adolescent students. International Journal of Humanities Social Sciences and Education, 2(8), 12-17.
JPA. (2022). Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia. https://docs.jpa.gov.my/docs/epenyertaan/keputusan2022/KAJIAN_INDEKS_PSIKOLOGI2022.pdf
Lee, E., Urbaeva, J., Song, N. K., & Warner, L. A. (2025). Family dynamics and mental health: gender differences among married Asian Americans. Journal of Ethnic & Cultural Diversity in Social Work, 1-12.
Legas, A. M., & Gu, C. (2025). Parenting behavior and adolescent psychological well-being: The moderating role of birth order. Current Psychology, 1-10.
Matud, M.P., López-Curbelo, M. & Fortes, D. (2019). Gender and psychological well- being. International Journal of Environmental Research and Public Health, 16(19), 1–11.
Neneh, B. N., & Welsh, D. H. (2023). What Influences Family Satisfaction?. Canadian Journal of Administrative Sciences/Revue Canadienne des Sciences de l'Administration, 40(2), 123-145. Lancaster University Library.
Osman, A. & Yahya, S.A. (2018). The Relationship Between Psychological Well-Being With Religious Appreciation Among Sports School Students. Jurnal Maw‟izah, 1(1), 154–165.
Riyadi, A. (2022). The relationship between Qur’an memorization and psychological well-being of students at the Qasimul Ulum of Maahad Tahfiz Al-Qur’an (Master’s thesis, International Islamic University Malaysia). IIUM Student Repository. https://studentrepo.iium.edu.my/entities/publication/2d9de739-1ffe-4c88-ad39-3109ec567ad8
Rulsi, N.N., Hamzah, N. & Mohd, F.H. (2020). Impak Emosi Positif Berdasarkan Korelatif Objektif dalam Hikayat Merong Mahawangsa. 5th International Conference on Social Sciences, Humanities and Technology 2020 (November).
Safiinatunnajah, Z., & Khilmiyah, A. (2025). The Influence of Emotional and Spiritual Intelligence on The Ability to Memorise Al-Qur'an Of Junior High School Students. At-Tarbiyat: Jurnal Pendidikan Islam, 8(2).
Thomas, P.A., Liu, H. & Umberson, D. (2017). Family Relationships and Well-Being. Innovation in Aging, 1(3), 1–11.Vegas, M. I. (2025). Family functioning and aggression among Spanish adolescents. Examining the roles of family cohesion, family flexibility, family communication and family satisfaction. Journal of Family Therapy, 47(1), e12478.
Yahya, S. M. A. S., Bakar, A. Y. A., & Johari, K. S. K. (2022). Exploring Psychological Well-Being Among Tahfiz Al-Quran Students: Emprical Study Using Psychoeducation Counseling and Therapy. Jurnal Studi Agama, 6(2), 95-103.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694