Hazilah Mohd. Amin
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
Juhana Salim
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abdul Razak Hamdan
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
Aziz Deraman
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
Johari Jaafar
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sharhida Sawani Saad
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
Yazrina Yahya
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
Shahizan Mohd Othman
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk menyelidik struktur skema klasifikasi perpustakaan konvensional iaitu struktur enumeratif, hierarki dan facet yang menepati ciriciri skema klasifikasi web. Analisis kajian lepas dan kajian kes skema klasifikasi Yahoo! dan Staples dilakukan bagi tujuan ini. Kajian meneroka pendekatan struktur hirerarki yang digunakan oleh direktori web Yahoo! dan pendekatan struktur facet yang digunakan oleh Staples, sebuah organisasi peruncit dalam talian. Antara dapatan kajian adalah direktori web Yahoo! mengadaptasi sebahagian daripada prinsip klasifikasi perpustakaan konvensional. Struktur hierarki mudah yang digunakan oleh Yahoo! menjadi pilihan kebanyakan pengklasifikasi web kerana kebolehannya memerihalkan koleksi serta memudahkan pengguna memilih kategori dan ‘drill-down’ hierarki. Struktur facet pula digunakan oleh segelintir laman web e komers seperti Staples kerana struktur ini adalah fleksibel, memerihalkan koleksi, membolehkan pencarian melalui kategori serta membolehkan pencarian secara multidimensi. Pengaplikasiannya di web walau bagaimanapun masih pada tahap permulaan.