The Framework for IT Auditing Procedures

Authors

  • Noorhidawati Abdullah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ibrahim Mohamed Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Razak Hamdan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Khairuddin Omar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mencadangkan satu kerangka kerja pengauditan teknologi maklumat (TM) bagi kawalan keselamatan rangkaian. Kerangka kerja ini mengandungi dua sub-kerangka kerja iaitu sub-kerangka kerja polisi kawalan keselamatan rangkaian yang dinamakan PolisiNet, dan subkerangka kerja tatacara proses pengauditan TM yang dinamakan ProsedurNet. Sebagai sokongan kepada kerangka kerja yang dicadangkan, kajian ini telah membangunkan Sistem Sokongan Keputusan (SSK) Pengauditan TM yang dinamakan AuditNet. AuditNet mengetengahkan penggunaan konsep berasaskan pengetahuan. Ia dibangunkan berdasarkan kepada kerangka kerja tatacara pengauditan TM yang dicadangkan. Sistem AuditNet dibangunkan menggunakan perisian WinProlog versi 4.1 untuk enjin pentadbiran, Visual Basic versi 6.0 untuk antara muka, dan Microsoft Access versi 2000 untuk pangkalan data.

Downloads

Issue

Section

Articles