Usability Evaluation of Smart School Mathematic Courseware Interface Design
Authors
Azizah Jaafar
Jabatan Sains Maklumat
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM
Halimah Badioze Zaman
Jabatan Sains Maklumat
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM
Tengku Mohd Tengku Sembok
Jabatan Sains Maklumat
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM
Keywords:
Perisian kursus sekolah bestari, projek rintis sekolah bestari, ujian pengguna, kepenggunaan antara muka, penerokaan analisis tugasan, petunjuk kepenggunaan, masalah kepenggunaan, persepsi pengguna
Abstract
Perisian kursus Matematik Sekolah Bestari telah diperkenalkan kepada 92 buah sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Projek Rintis Sekolah Bestari. Teknik penilaian empirik ujian pengguna melalui pemerhatian dengan menggunakan perakam video dibangunkan bertujuan untuk menilai kepenggunaan antara muka perisian kursus Sekolah Bestari. Teknik ini dinamakan Penerokaan Analisis Tugasan (PAT). Di samping kaedah pemerhatian, soal selidik juga digunakan. Petunjuk kepenggunaan yang digunakan dalam kajian ini ialah masa dan masalah kepenggunaan. Persepsi pengguna terhadap beberapa aspek utama perisian kursus Sekolah Bestari juga diambil kira sebagai petunjuk kepenggunaan. Petunjuk kepenggunaan yang diperoleh dalam kajian ini boleh digunakan sebagai garis panduan untuk menguji dan membandingkan keberkesanan teknik penilaian kepenggunaan lain yang digunakan dalam proses penilaian antara muka perisian kursus bagi mata pelajaran yang sama.