Generation of Formative Questions in Drill-and-Practice Learning System in Web Environment
Authors
Norazah Yusof
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
Abdul Razak Hamdan
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abdul Hamid Nasir
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Universiti Teknologi Malaysia
Keywords:
Sistem pembelajaran latih tubi, Taksonomi Bloom, Pendekatan penjanaan secara rawak terpilih, Metod baris gilir prestasi berselang boleh ubah.
Abstract
Kertas ini memfokus kepada pendekatan penjanaan secara rawak terpilih bagi item-item soalan formatif dalam sistem pembelajaran latih tubi. Itemitem soalan dikategorikan mengikut enam aras keupayaan kognitif taksonomi Bloom. Pendekatan ini memastikan item-item soalan yang dikemukakan kepada pelajar adalah berpadanan dengan status terkini prestasi pembelajaran pelajar, sama ada Belum Menguasai, Sederhana Menguasai, atau Telah Menguasai. Kertas ini juga membincangkan mengenai metod baris gilir prestasi berselang boleh ubah dalam melaksanakan strategi latih tubi, yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba semula item soalan yang dijawab salah. Menerusi metod ini sistem pembelajaran latih tubi dapat memastikan pelajar benar-benar telah dapat menguasai unit pelajaran tersebut atau sebaliknya. Penjanaan soalan-soalan formatif secara rawak terpilih dalam kajian ini didapati berjaya mengemukakan item-item soalan yang berpadanan dengan status pembelajaran pelajar, manakala pendekatan baris gilir berselang boleh ubah dengan efektif berupaya menyusun item-item soalan yang dijawab salah oleh pelajar.