Evaluating Multimedia Adaptive Courseware Based on Learning Style
Authors
Nor Azan Mat Zin
Jabatan Sains Maklumat
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Halimah Badioze Zaman
Jabatan Sains Maklumat
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Shahrul Azman Mohd Noah
Jabatan Sains Maklumat
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords:
stail pembelajaran, perisian kursus multimedia, kepenggunaan, pembelajaran matematik.
Abstract
Kertas kerja ini membentangkan kajian tentang pembangunan dan penilaian perisian kursus matematik multimedia adaptif (A-MathS). Reka bentuk antara muka dan persembahan kandungan adalah berasaskan ciri-ciri stail pembelajaran global dan analitikal, kecenderungan modaliti visual dan verbal, serta teori pengajaran dan pembelajaran kognitivisme dan konstruktivisme. Metodologi yang digunakan adalah diubahsuai daripada model reka bentuk berarahan Robyler untuk perisian kursus berasaskan komputer. Penilaian keberkesanan dan kepenggunaan prototaip A-MathS dilaksanakan melalui kajian kes yang melibatkan 35 orang sampel, menggunakan teknik eksperimen separa ujian pra-ujian pasca dan soal selidik. Data hasil penilaian dianalisis menggunakan statistik tak-berparameter. Hasil kajian mendapati bahawa sampel yang menggunakan modul A-MathS yang sepadan dengan stail pembelajaran mereka menunjukkan peningkatan markah ujian pasca yang signifikan (p = 0.000). Kumpulan eksperimen memperoleh markah pencapaian min 10.5 berbanding 1.8 bagi kumpulan kawalan. Ini bermakna, perisian kursus yang direka bentuk berasaskan stail pembelajaran adalah berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar.