Comparison between Multimedia-based and Traditional Teaching on Mathematic Achievement and Attitude Amongst Risk Students
Authors
Azura Ishak
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsan Malaysia
Zakaria Kasa
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Universiti Perguruan Sultan Idris
Mohd Hasan Selamat
Jabatan Sistem Maklumat
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Putra Malaysia
Bahaman Abu Samah
Jabatan Pembangunan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
Keywords:
Pengajaran Berasaskan Multimedia, Pengajaran Berasakan Tradisional, Pencapaian Matematik, Sikap Matematik, Pelajar Berisiko
Abstract
Mengikut sumber dan literatur berkaitan, pengajaran menggunakan multimedia dipercayai mampu merangsang pembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Namun, bukti nyata yang menyokong atau menyangkal pernyataan ini khususnya di kalangan pelajar berisiko masih lagi kurang. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji perbandingan pengajaran Matematik berasaskan multimedia dan tradisional ke atas pencapaian Matematik dan sikap Matematik khususnya di kalangan para pelajar berisiko. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimen kuasi yang berlangsung selama 10 minggu dan melibatkan 54 orang pelajar. Ujian pencapaian Matematik dan soal selidik sikap Matematik digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan teknik ujian-t berpasangan dan ANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kedua-dua kelas Matematik berasaskan multimedia dan tradisional. Namun, pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia tidak berbeza secara signifikan dengan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia, sebaliknya berlaku penurunan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Walau bagaimanapun, kajian mendapati sikap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia juga tidak berbeza secarasignifikan dengan sikap Matematik pelajar berisiko di dalam kelas Matematik berasaskan tradisional.