Structural Model of Usefulness Constructs Measurement for Mathematics Courseware

Authors

  • Noraidah Sahari @ Ashaari Jabatan Komputeran Industri Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hairuliza Mohamad Judi Jabatan Komputeran Industri Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Azim Abdul Ghani Jabatan Sistem Maklumat Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia
  • Mohd Hasan Selamat Jabatan Sistem Maklumat Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia
  • Aida Suraya Md. Yunus Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Analisis faktor penjelajahan, Analisis faktor pengesahan, Konstruk kebergunaan, kepenggunaan, kefungsian, kecekapan, permodelan persamaan berstruktur

Abstract

Penyelidikan bagi membangunkan instrumen yang piawai, memerlukan dua langkah. Pertama, kajian penjelajahan bagi membentuk model ukuran melalui analisis data secara empirik daripada suatu populasi. Kedua, kajian pengesahan yang menguji model ukuran hipotesis terhadap data yang dikumpulkan daripada populasi yang sama. Dalam kajian awal, penyelidik telah menghasilkan satu model hipotesis dan satu set soal selidik melalui beberapa pengujian termasuk ujian kebeolehpercayaan dan ujian kesahan kandungan. Instrumen terdiri daripada tujuh faktor dan 64 metrik. Kertas ini membincangkan langkah seterusnya iaitu mengesahkan konstruk instrumen menggunakan analisis faktor penjelajahan seterusnya menghasilkan model berstruktur bagi kebergunaan perisian kursus matematik melalui analisis faktor pengesahan.

Downloads

Issue

Section

Articles