Detecting Grammatical Errors in English Essays via Natural Language Processing

Authors

  • Nur Asma Mohd Razali @ Mohd Rozly Jabatan Sains Komputer Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM
  • Nazlia Omar Jabatan Sains Komputer Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM
  • Saadiyah Darus Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, UKM

Keywords:

Pengesanan ralat, pemeriksaan esei berbantukan komputer, heuristik, peraturan, kesalahan tatabahasa, esei ESL.

Abstract

Pelajar yang memasuki pusat pengajian tinggi dijangkakan mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang baik untuk membolehkan mereka menyediakan tugasan kursus dan aktiviti akademik dalam bahasa Inggeris. Satu daripada tugasan ialah menulis esei. Analisis kesalahan tatabahasa ke atas empat ratus (400) esei pelajar ESL (English as a Second Language) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dijalankan dan hasil analisis menunjukkan ralat nahu (tenses) adalah ralat yang paling kerap dilakukan. Sebuah alat pengesanan ralat nahu dalam penulisan pelajar ESL diperlukan memandangkan alat yang sedia ada tidak dibangunkan khusus untuk pelajar ESL di Malaysia. Kertas ini bertujuan memperkenalkan teknik berasaskan heuristik dan peraturan untuk mengesan ralat nahu. Berasaskan heuristik dan peraturan ini, ATDEiTTM dibangunkan. ATDEiTTM diuji menggunakan 50 set data ujian (esei bahasa Inggeris). Keputusan yang dijana oleh ATDEiTTM dibandingkan dengan keputusan pakar bahasa. ATDEiTTM memperoleh 95% dapatan semula dan 76.2% kejituan. Ini menunjukkan bahawa pendekatan berasaskan heuristik dan peraturan membantu dalam proses mengesan ralat nahu dalam esei pelajar ESL secara automatik.

Downloads

Issue

Section

Articles