Factors for Retaining Workers in IT Firms in Malaysia

Authors

  • Nur Atiqah Abdullah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM-Graduate School of Business Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norsiah Aminudin Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM-Graduate School of Business Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Khairy Ahmad Domil Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM-Graduate School of Business Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Khairul Akmaliah Adham Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM-Graduate School of Business Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

comparative analysis, XML functional dependencies, relational databases, semantic constraints.

Abstract

Kajian literatur dalam bidang pengurusan organisasi mengenengahkan kepentingan pelaburan modal manusia dan pelaksanaan amalan pengurusan sumber manusia bagi menjamin kejayaan organisasi melalui pulangan ekonomi yang tinggi dan pengurangan dalam kadar pusing ganti pekerja. Ini memberi petunjuk bahawa persoalan pengekalan sumber manusia dalam organisasi adalah penting, lebih-lebih lagi dalam konteks firma teknologi tinggi yang mengalami pusing ganti pekerja yang tinggi dan pembangunan firma amat bergantung pada sumbangan pekerja secara berterusan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pengekalan pekerja dalam firma IT di Malaysia. Selain itu, kajian ini cuba menentukan sejauh mana hubungan strategi pengurusan sumber manusia dengan faktor pengekalan pekerja dalam organisasi. Data diperoleh menerusi borang soal selidik yang dihantar secara pos kepada pengurus sumber manusia atau pengurus atasan syarikat MSC tempatan dan luar negara. Daripada 500 borang soal selidik yang dihantar kepada responden, sebanyak 106 borang soalselidik yang telah diisi dan dipulangkan semula, memberikan kadar respon sebanyak 21%. Hasil kajian mendapati terdapat empat faktor penting yang mempengaruhi pengekalan pekerja dalam firma yang dikaji, iaitu faktor organisasi, tugas, imbuhan dan individu. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan strategi pengurusan sumber manusia mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor-faktor pengekalan pekerja. Kajian merumuskan faktor persekitaran dan sokongan organisasi adalah faktor utama yang menyumbang dalam pengekalan pekerja.

Downloads

Issue

Section

Articles