Mei Choo Ang
Institut Informatik Visual
Pusat Pengajian Teknologi Maklumat
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kok Weng Ng
Pusat Rekabentuk dan Kejuruteraan
SIRIM Berhad
Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Farah Hanani Megat Ghazali
Pusat Pengajian Teknologi Maklumat
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords:
TRIZ, pencetusan idea, matriks percanggahan, reka bentuk produk
Abstract
Kemajuan teknologi pada era globalisasi adalah menakjubkan. Sektor industri tidak ketinggalan mengguna teknologi bagi mereka bentuk produk untuk kegunaan pengguna. Dalam mereka bentuk sesuatu produk, pereka bentuk dalam industri perlu mengenal pasti idea yang diperlu untuk menyelesai masalah yang dihadapi oleh pengguna terlebih dahulu sebelum menghasil reka bentuk sebenar. Pada kebiasaannya idea dicetus secara bebas dan pendekatan sistematik jarang diguna. TRIZ banyak diguna oleh industri yang berjenama popular seperti Samsung, Christian Dior dan Procter & Gamble untuk menghasil produk yang bersaing tinggi. Justeru, kaedah pencetusan idea yang sistematik perlu diterokai dan dieksploitasi sepenuhnya. Makalah ini membincang satu kaedah pencetusan idea sistematik yang dikenali sebagai TRIZ yang boleh menyelesai masalah reka bentuk produk pengguna.