Information Retrieval Technique in Medical Imaging Technology
Authors
Azrulhizam Shapi'i
Pusat Pengajian Teknologi Maklumat
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Riza Sulaiman
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Anton Satria Prabuwono
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohammad Khatim Hasan
Pusat Pengajian Teknologi Maklumat
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abdul Yazid Mohd Kassim
Keywords:
DICOM, perisian, pengimejan, pencarian, sinar-x, teknologi imej perubatan
Abstract
Bidang perubatan pada masa kini adalah satu contoh inovasi dalam bidang teknologi maklumat yang dapat memberi manfaat kepada doktor dan pesakit dan juga peralatan perubatan bagi mencegah penyakit. Antara contoh inovasi dalam bidang teknologi maklumat adalah seperti teknologi pengimejan perubatan, teknologi laser dan nanoteknologi. Teknologi pengimejan perubatan adalah penting kerana dapat membantu pakar perubatan menjalankan pemeriksaan ke atas pesakit. Format teknologi imej perubatan dikenali sebagai DICOM. Format DICOM adalah unik kerana bukan hanya mengandungi gambar pesakit, tetapi juga mengandungi maklumat yang berkaitan dengan pesakit. Makalah ini menunjukkan proses pembangunan perisian bagi mendapat maklumat daripada gambar sinar-x digital (DICOM). Perisian dibangun dengan mengguna Netbeans dan perpustakaan yang diguna ialah DICOM Standard perpustakaan. Perisian pencarian maklumat ini diuji dengan sejumlah data pesakit dan dibanding dengan kaedah pencarian maklumat mengguna pustaka pixelmed. Keputusan menunjukkan perisian dapat mencari maklumat yang terkandung dalam sinar-x pesakit dengan tepat.