KESAN TEKNIK SCAFFOLDING TERHADAP KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH KANAK-KANAK PRASEKOLAH (The Effect of Scaffolding Technique on Preschool Children’s Problem Solving Skills)

Authors

  • Nellie Ismail
  • Khaidzir Ismail
  • Nur Saadah Mohamad Aun

Abstract

Kanak-kanak prasekolah masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Namun, bantuan secara berlebihan akan menyebabkan kanak-kanak terlalu bergantung dengan individu lain. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan teknik scaffolding terhadap kemahiran menyelesaikan masalah kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk eksperimen kumpulan kawalan pra dan pasca ujian telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan di Makmal Taman Asuhan dan Makmal Taman Prasekolah, Universiti Putra Malaysia. Seramai 50 orang kanak-kanak prasekolah dan 40 orang ibu telah dipilih melalui teknik pensampelan rawak mudah. Kanak-kanak dalam kumpulan eksperimen telah dibantu oleh ibu untuk menyelesaikan permainan puzzle dengan menggunakan teknik scaffolding (kontinjen, verbal, swing atau demonstrasi). Data telah dianalisis dengan menggunakan analisis SPANOVA (split plot ANOVA test). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam purata skor kemahiran menyelesaikan masalah berdasarkan masa [F (3, 135)] = 10.647*, k ≤ 0.05, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam purata skor kemahiran menyelesaikan masalah berdasarkan kumpulan [F (4, 45)] = 0.714, k > 0.05 dan tidak terdapat interaksi yang signifikan di antara masa dan kumpulan [F (12, 135)] = 0.691, k > 0.05. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran sewaktu sesi scaffolding dapat diinternalisasikan oleh kanak-kanak untuk jangka masa yang panjang.

Downloads

Issue

Section

Article