PENOMBORAN DALAM MASHAF AL-QURAN DAN GAGASAN MUKJIZAT ANGKA (Numbering in Quran Mushaf and The Idea of Numeral Miracle)
Abstract
Mashaf Al-Quran telah melalui pelbagai perkembangan dari tulisan huruf paling asas kepada tulisan berbaris, huruf bertitik dan tanda bacaan. Peringkat selepas itu adalah penomboran yang bermula pada abad ke 21 Masihi. Objektif kajian ini adalah melihat hubungkait antara perkembangan mashaf dengan kemunculan teori mukjizat angka. Dengan menggunakan metode kualitatif, pemerhatian dibuat terhadap pelbagai manuskrip mashaf dan tahun ia ditulis. Hasilnya, kajian ini mendapati wujudnya hubungkait antara penomboran Al-Quran yang bermula pada awal abad ke 20 Masihi dan sejarah kemunculan teori mukjizat angka pada pertengahan abad yang sama. Ia menyimpulkan bahawa penomboran ayat-ayat dalam mashaf Al-Quran telah mencetuskan gagasan baru dalam kajian Al-Quran iaitu mukjizat angka. Ia menunjukkan bahawa teori mukjizat angka muncul sebagai rentetan dari perkembangan mashaf sebagaimana aspek mukjizat lain seperti mukjizat saintifik yang muncul seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi manusia semasa.Downloads
Issue
Section
Article