GOLONGAN MUDAMAT REMPIT: SUATU EKSPRESI SUB BUDAYA (Activities and Social Expressions of a Mat Rempit Youth Group: A Sub-cultural Study)
Authors
Rokiah Ismail
Muhamad Fuad
Abdul Karim
Abstract
Kajian ini membincangkan fenomena Mat Rempit dari sudut aktiviti dan sub-budaya yang diamalkanoleh segolongan anak muda di Kuala Lumpur. Permasalahan kajian memfokus kepada aktiviti danekspresi sub-budaya Mat Rempit bukan sahaja daripada aktiviti berlumba haram, bahkan juga aktivitiyang berkaitan dengannya seperti berhibur melalui muzik, mencuri motosikal dan mengambil dadah.Pengkaji telah memilih 45 orang responden menggunakan kaedah pesampelan bertujuan dalam satukerja lapangan yang dijalankan dari Januari hingga November 2007. Responden yang dipilih adalahMat Rempit di Kuala Lumpur berusia antara 17 hingga 26 tahun. Seramai 7 orang responden telahditemubual secara mendalam. Kajian bertujuan memperihal aktiviti Mat Rempit dan mengenal pastielemen-elemen khusus dalam sub-budaya yang diamalkan oleh mereka. Kajian turut melihat ekspresisosial golongan Mat Rempit melalui aktiviti serta sub-budaya mereka yang melibatkan penggunaanruang fizikal dan sosial serta peluang untuk menjalankan aktiviti dan membangunkan sub-budayamereka. Kajian mendapati sub-budaya yang terhasil merupakan suatu reaksi dan penyelesaianberbentuk kolektif golongan Mat Rempit terhadap budaya masyarakat konvensional yangdipersepsikan membatas kehendak dan keinginan orang muda seperti terpancar melalui pelbagaiaktiviti dan sub-budaya khusus mereka, dan pada masa sama cenderung mempermasalahkanpenggunaan masa lapang mereka.