IMPAK PROGRAM LATIHAN PEKERJA SEKTOR PERHOTELAN, TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (Impact of Employee Training Program in Hospitality, Information Technology and Communication Sectors)

Authors

  • Abd Hair Awang
  • Rahmah Ismail
  • Zulridah Mohd Noor
  • Salma Hamzah

Abstract

Menyemai modal insan yang berkualiti tinggi, berpengetahuan dan inovatif dengan moral and etikayang kukuh menjadi sumber baru untuk memacu pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara.Jesteru, Majlis Pembangunan Sumber Manusia (MPSM) ditubuhkan pada 1992 untuk menjanapembelajaran berterusan ditempat kerja dengan tujuan meningkatkan prduktiviti, pemindahanteknologi dan inovasi pekerja. Pada 2002 ia telah dinamakan sebagai Pembangunan Sumber ManusiaBerhad (PSMB). Semua majikan yang berdaftar dengan PSMB layak untuk menggunakan grantlatihan pekerja. Jumlah skim latihan yang diluluskan dan pembayaran semula grant latihan terusmeningkat dari tahun ke tahun. Kajian ini meneliti sejauhmana program latihan dapat meningkatkanpengetahuan, kemahiran, tingkahlaku kerja dan prestasi pekerja, dan apakah faktor berkaitan latihanberpengaruh secara signifikan kepada prestasi pekerja dan syarikat. Hasil kajian ini berdasarkan datayang dikutip menerusi soalselidik yang isi sendiri oleh 1,000 pekerja (30.4 peratus memberimaklumbalas) syarikat perhotelan, resort, teknologi maklumat dan komunikasi di tiga buah negeriterpilih. Hasil kajian menunjukkan, secara umumnya program latihan berupaya meningkatkanpengetahuan, kemahiran dan tingkahlaku kerja positif. Analisis regresi berbilang juga menyokonghipotesis faktor berkaitan latihan mempunyai impak positif terhadap prestasi pekerja dan syarikat.

Downloads

Published

2017-11-11

Issue

Section

Article